KUALA LUMPUR: Dua unit kediaman di tingkat 12 Kondominium Bukit OUG, Bandar Bukit Jalil, di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jalan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.14 malam.

Beberapa pasukan dan jentera dengan kekuatan anggota seramai 45 orang segera dihantar ke lokasi kejadian, kata kenyataan itu malam ini.


2 unit rumah di kondominium di Bukit OUG terbakar

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohamad Hafidz Yaacob, setibanya di lokasi jam 9.23 malam, pemeriksaan mendapati kebakaran berlaku di melibatkan dua unit rumah di tingkat 12.

"Anggaran kemusnahan bagi rumah pertama ialah terbakar 90 peratus dan rumah kedua terbakar 60 peratus.

"Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan teknik attacking dan offensive fire fighting. 

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.10 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10.31 malam. Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.