Satu kebakaran dan letupan dipercayai membabitkan beberapa tong bahan kimia berlaku di Jalan Kapar, Batu 16, Kampung Tambak Jawa, Kuala Selangor pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd, berkata pusat gerakan operasi selangor menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 3.29 pagi.
Dua pasukan bomba dari balai Kuala Selangor dan Kapar dengan kekuatan 15 anggota kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pemeriksaan mendapati letupan melibatkan longgokan 270 tong bahan kimia yang ditinggalkan di kawasan lapang berkenaan.
Pihak bomba berjaya memadam sepenuhnya kebakaran pada jam 5.58 pagi dan kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.
Kawasan itu terletak jauh dari kawasan penempatan, namun pihaknya dimaklumkan seorang penduduk mengadu loya serta muntah dan sudah dirujuk ke hospital.
“Sekarang ini pihak kami sedang melakukan kerja overhaul bagi menentukan supaya tidak ada berlakunya sebarang kebarangkalian untuk letupan itu berlaku. Pemadaman kebakaran dilakukan pelbagai agensi dengan dibantu oleh pihak SMART Selangor seramai lapan anggota dan Balai Bomba Kapar 8 termasuk saya dan pegawai kanan.
“Ada anggota yang telah dibawa ke pusat kesihatan berdekatan. Setelah membuat pemeriksaan anggota terbabit dalam keadaan stabil, jarak perumahan dalam lingkungan 200, 300 meter,” katanya.
Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Selangor akan membina parit sementara di sekitar kawasan kebakaran bahan kimia yang berlaku awal pagi tadi .
Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata pihaknya juga menunggu penilaian oleh Unit Kualiti Alam Sekitar sebelum melupuskan sisa bahan kimia itu.
Astro Awani
Mon Nov 25 2019
Pemeriksaan mendapati letupan melibatkan longgokan 270 tong bahan kimia yang ditinggalkan di kawasan lapang berkenaan. - Foto Astro AWANI
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Kebakaran dan letupan di kawasan tempatkan 270 tong bahan kimia
Satu kebakaran dan letupan dipercayai membabitkan beberapa tong bahan kimia berlaku di Jalan Kapar, Batu 16, Kampung Tambak Jawa, Kuala Selangor pagi tadi.