Setakat jam 6 pagi Khamis, mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) turun ke 275.
Astro Awani
Wed Jan 17 2024
Setakat jam 6 pagi Khamis, mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) turun ke 275. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Sabah semakin pulih dengan bilangan mangsa terus berkurangan.
Setakat jam 6 pagi Khamis, mangsa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) turun ke 275.
Menurut laporan terkini dari portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka terdiri daripada 104 keluarga dan berlindung di tujuh PPS yang masih beroperasi.
Di Johor, 91 mangsa banjir daripada 26 keluarga direkodkan dan mereka ditempatkan di 3 PPS yang masih beroperasi di Segamat dan Batu Pahat.
Manakala 110 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di dua PPS di Pahang.
Situasi di Sabah juga semakin pulih dengan 74 mangsa dari 42 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.
Hanya satu daerah masih terjejas iaitu Beluran.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini