KUALA TERENGGANU: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.
Anak Abdul Hadi, Dr Muhammad Khalil, berkata ayahnya kini dalam pemerhatian pihak IJN dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
"(Keadaan Abdul Hadi) Stabil dan dalam pemerhatian IJN. Setelah berbincang dengan IJN, dinasihatkan Tuan Guru tidak menerima pelawat. Insya-Allah akan keluar wad dalam masa terdekat," kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Terengganu itu, ketika dihubungi Bernama.
Dilaporkan Abdul Hadi yang berumur 76 tahun, menerima rawatan di IJN sejak 1 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil. - Gambar fail/BERNAMA

Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi perkukuh kualiti hidup komuniti setempat
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Jawi di daerah Seberang Perai Selatan, dijangka dapat memberi kesan positif jangka panjang terutamanya dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk.

J-KOM terus perkasa peranan sebar dasar kerajaan - KP
J-KOM memperkasakan peranannya dalam menyebarkan maklumat berhubung dasar kerajaan menerusi program Ih'ya Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di enam zon di seluruh negara.

Peniaga bazar Ramadan diminta tidak jual makanan basi
Peniaga bazar Ramadan di Kelantan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah rosak bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan kepada pelanggan.

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara - Mohamad
Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ops Campur: 283 premis beras import diperiksa - Fuziah
Sebanyak 283 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa dalam Ops Campur setakat semalam, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

Pemimpin masyarakat perlu bantu perjelas dasar, kejayaan kerajaan - PM Anwar
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Bina Semula Gaza: Jangan serah kepada PA, alamatnya gagal - Penganalisis
Pembangunan semula Gaza perlu diselaras oleh entiti yang mampu membina semula wilayah terkepung yang musnah akibat serangan rejim zionis dengan sebaik mungkin.

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang
Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang.

MADANI Digital Trade: Anjakan perubahan bantu PKS manfaatkan teknologi - Tengku Zafrul
Inisiatif MDT mampu menjadi pencetus perubahan yang membolehkan PKS meraih manfaat daripada teknologi seperti analisis dan data raya, pengkomputeran awan dan AI.

PM lawat Bazar Ramadan Seksyen 2, nasihat peniaga jaga harga jualan, kebersihan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat peniaga dan beramah mesra bersama pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 2 di sini.

Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.

Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.

PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
MPN Selangor mendesak PN negeri menyatakan pendirian berhubung rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor terhadap Presiden Pas.

Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.

'Saya akan bongkar pembohongan Presiden Pas esok' - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Penyebaran berita Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi adalah palsu - Pas
Dakwaan sedemikian bukti terdapat pihak ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam PRN, tegas Pas.

Hadi Awang ucap terima kasih, kirim salam kepada semua
Keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin pulih.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Bersara dari perjuangan kerana faktor usia teori sekular - Abdul Hadi
Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Zalim sekat peruntukan negeri, ahli Parlimen - Hadi
Tindakan menyekat peruntukan yang diwajibkan kepada negeri dan ahli Parlimen serta menyusahkan pegawai-pegawai kerajaan yang dikira tidak menyokong kerajaan disifatkan sebagai zalim.