BERIKUT ialah kenyataan media oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung isu belia yang terpinggir daripada segi pendidikan namun masih punyai peluang dalam memperoleh sijil kemahiran untuk kelangsungan hidup.



Belia berisiko wajar dibantu. Sokongan serta bimbingan daripada pelbagai pihak amat penting dalam memastikan tiada belia yang terpinggir.

Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab ke atas golongan belia, bukan sahaja belia yang bernasib baik malah belia yang tidak bernasib juga harus dibantu.

Sebagai contoh, Projek Reben Kuning. Ia dilaksanakan bagi memberi peluang kedua buat bekas pelajar Sekolah Henry Gurney yang pernah melakukan kesalahan lampau untuk peroleh pekerjaan.

Lebih malang, ada dalam kalangan belia kita yang sepatutnya sudah punyai SPM tetapi langsung tiada peluang untuk mendudukinya.

Faktor kewangan, gejala sosial dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, mereka tetap berhak untuk miliki masa hadapan yang cerah.

Bagi tujuan ini, KBS turut memperkenalkan Program Star@U:MyFuture YouthPlus.

Program ini menawarkan peluang dan alternatif kepada belia berisiko serta dari golongan B40 dan M40 bagi mendapatkan latihan kemahiran secara separuh masa dengan menjalankan kursus jangka pendek menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada sekali gus mempromosikan TVET @ILKBS.

Sejumlah 700 kekosongan tempat untuk diisi meliputi 70 program dalam 13 bidang berbeza. Ini adalah peluang buat belia massa untuk sambung belajar dan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia menerusi kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Layari http://kemahiran.kbs.gov.my untuk info lanjut.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Kementerian Belia & Sukan