Kementerian Belia dan Sukan menggariskan tiga cadangan untuk membanteras gejala rasuah, khususnya dalam kalangan orang muda.
Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, cadangan itu termasuk memperkasa peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pindaan undang-undang termasuk pengasingan kuasa dan campur tangan politik serta liputan meluas berkaitan sesuatu kes rasuah.
Beliau berkata, langkah itu susulan pendedahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pembabitan golongan belia dalam gejala rasuah, yang dianggap membimbangkan.
“Kita semua perlu mainkan peranan cegah rasuah… kita kena tahu, rasuah bukan bahan jenaka dan kita tidak boleh ketawa macam tu sahaja.
“Perkara ini amat serius. Kita perlu banteras bersama-sama… kalau hendak perangi dadah, kita kena perangi rasuah duhulu,” katanya kepada pemberita.
Selain itu, Syed Saddiq berkata pindaan undang-undang turut diperlukan untuk pengasingan kuasa.
“Sebagai contoh, kita pastikan SPRM diletakkan di bawah Parlimen dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Dan beberapa hari lepas kita berjaya lakukannya… kalau ada rasuah terus lapor kepada Parlimen bukan JPM lagi,” ujarnya.
Mengulas lanjut, katanya liputan meluas mengenai sesuatu kes rasuah amat penting bagi memberi kesedaran kepada orang awam bahawa gejala berkenaan adalah musuh utama negara.
Tegasnya, gejala itu tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka oleh masyarakat, sebaliknya mereka harus laporkannya terus kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan jenayah berkenaan.
Semalam, Dr Wan Azizah, dilaporkan berkata, lebih separuh atau 2,238 pesalah rasuah yang ditangkap antara tahun 2013 hingga Mei lalu terdiri daripada kalangan belia negara.
BACA: Trend salah laku rasuah di kalangan belia menurun - Dr Wan Azizah
Keadaan itu, katanya, amat membimbangkan memandangkan mereka adalah golongan pemimpin negara pada masa hadapan.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar, sebelum itu merasmikan Program Tangungjawab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan Parit Nombor Lima hari ini.
Seramai 39 murid kurang berkemampuan, menerima sumbangan cermin mata, manakala empat sekolah dalam parlimen Muar, turut menerima alat bantuan mengajar.
Astro Awani
Sun Jul 08 2018

Syed Saddiq Abdul Rahman (tiga, kiri) memperbetulkan cermin mata salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Program Tangungjawab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan Parit Nombor Lima hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.