KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dijangka melancarkan Rakan Demokrasi sebagai inisiatif menggalakkan golongan muda terlibat dalam perbincangan mengenai politik.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, Rakan Demokrasi dijadual dilancarkan bersama Rakan Muda esok yang akan melibatkan belia berusia dari 15 tahun.
Jelas beliau, penglibatan golongan belia dalam perbincangan politik penting untuk kumpulan itu mempelajari nilai dan prinsip asas politik.
"(Rakan Demokrasi) tidak banyak kaitan dengan ideologi, (tetapi) lebih kepada tugas atau tanggungjawab sebagai warganegara termasuk cara anda memahami politik.
"Saya fikir ini adalah salah satu daripada banyak perkara yang sudah kita (KBS) lakukan. Malah ia sudah pun berlangsung.
"Pada masa ini kami mempunyai kira-kira 6,000 hingga 7,000 peserta yang terlibat dalam 'pilot project'.
"Bila kami telah melancarkan untuk sepanjang tahun, kami menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 penyertaan.
"Itu akan menjadi salah satu daripada banyak perkara yang KBS mahu lakukan," katanya pada Sabtu.
Adam Adli berkata demikian pada "Forum Kuasa Anak Muda: Meningkatkan Calon dan Wakil Muda Politik Dalam Pilihan Raya" yang diadakan di kampus Taylor's Lakeside, di sini.
Mengulas lanjut, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, usaha meningkatkan kesedaran perlu dilakukan bagi mengalakkan penglibatan golongan belia dalam politik.
Jelas beliau, pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas yang telah berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 merupakan contohnya pencapaian terbesar dalam sistem demokrasi negara.
"Pertama, kita tidak boleh begitu sahaja membuat kesimpulan bahawa kita memerlukan beberapa pindaan atau undang-undang baharu.
"Tetapi kita perlu meningkatkan kesedaran dan juga minat terutamanya dalam kalangan belia.
"Selepas itu, barulah kita boleh bergerak ke beberapa bentuk pelaksanaan atau apa-apa jenis dasar undang-undang," ujarnya lagi.
Penyertaan politik Sabah berasas 'keperibadian'
Sementara itu, Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan), Jo-Anna Sue Henley Rampas berpandangan, penyertaan belia termasuk wanita dalam politik di Sabah disifatkan masih lagi rendah.
Keadaan itu, jelas beliau, antaranya dipengaruhi oleh kelemahan pendidikan yang menyebabkan kurangya literasi politik, selain faktor ketidakpercayaan institusi.
"Izinkan saya tambah satu lagi (faktor). Apabila kita lihat dalam perspektif yang lebih besar, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh YB Adam Adli sebentar tadi iaitu mengenai hierarki.
"Politik di Sabah sangat bergantung kepada 'keperibadian'. Terdapat stereotaip idea bahawa (jika mahu masuk politik di Sabah), anda mestilah seorang lelaki, kaya, serta stabil.
"Oleh (kerana faktor itu), anda boleh lah masuk politik. Jadi, ini sebenarnya semua isu yang kita lihat kurangnya penyertaan politik dalam kalangan belia, terutamanya di Sabah," katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 24 2023
Adam Adli berkata Rakan Demokrasi dijadual dilancarkan bersama Rakan Muda esok yang akan melibatkan belia berusia dari 15 tahun -Gambar fail
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.
Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.