KUALA LUMPUR: Penugasan kawalan keselamatan sempadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan seperti biasa walaupun Operasi Benteng (Op Benteng) bakal ditamatkan Jun depan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.
Beliau berkata sebelum adanya Op Benteng, penugasan itu memang dilaksanakan dan apabila Op Benteng ditubuhkan, PDRM banyak bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain.
"Fokus utama kami adalah untuk kawal keselamatan sempadan dan kami kekalkan, PDRM ada buat penambahan (unit) seperti Unit Berkuda dan dron serta rondaan (melalui Pasukan Gerakan Udara - PGU) di udara dipertingkatkan, termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
"PGA juga mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama hari ini.
Hazani berkata PDRM masih bekerjasama dengan agensi keselamatan lain cuma ia bukan atas nama Op Benteng tetapi operasi bersepadu misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Katanya operasi bersepadu tetap diteruskan selain operasi khas melalui perisikan khas oleh polis, tentera atau agensi lain.
Mengulas mengenai kawalan keselamatan sempadan negara pada masa kini, Hazani berkata situasi semasa keselamatan di sempadan negara ketika ini terkawal.
Pada Jan lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan pengoperasian Op Benteng di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan ditamatkan pada Jun ini.
Beliau dilaporkan berkata segala pelaksanaan dan perancangan baharu berhubung operasi berkenaan akan kembali diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
![Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606294282_TBMINDEFBORDER.jpg)
Operasi bersepadu tetap diteruskan selain operasi khas melalui perisikan khas oleh polis, tentera atau agensi lain. - Gambar fail/Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666750770_TBPati.jpg)
ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara
Semua PATI warga Myanmar itu ditahan menerusi tiga siri tangkapan di bawah Sektor Op Benteng.
![Op Benteng: TLDM tahan sembilan PATI Op Benteng: TLDM tahan sembilan PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651979291_OpBentengTLDMtah.jpg)
Op Benteng: TLDM tahan sembilan PATI
Bot PATI cuba melarikan diri tetapi berjaya digagalkan di lokasi 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia.
![Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606294282_TBMINDEFBORDER.jpg)
Kawalan sempadan diteruskan walaupun Op Benteng tamat Jun ini - Bukit Aman
Penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.
![Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647341347_PanglimaAngkatanTe.jpg)
Kaedah baharu diteliti gantikan Op Benteng - Panglima ATM
Kaedah baharu itu dijangka mengguna pakai cara yang sama dengan Op Benteng memandangkan operasi terbabit banyak mencapai kejayaan sejak dilancarkan pada Mei 2020.
![Tujuh PATI gagal seludup masuk ke Malaysia Tujuh PATI gagal seludup masuk ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639690876_pendatangasing.jpg)
Tujuh PATI gagal seludup masuk ke Malaysia
Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 39 tahun seterusnya ditahan dan dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan lanjut.
![Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639057131_seludupketum.jpg)
Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas
Terbaharu, penyeludup dikesan menggunakan kenderaan perdagangan sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa.
![Polis tahan 12 ahli Geng Janggut seludup pendatang tanpa izin Polis tahan 12 ahli Geng Janggut seludup pendatang tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638717120_KetuaPolisJohorD.jpg)
Polis tahan 12 ahli "Geng Janggut" seludup pendatang tanpa izin
Polis menahan 12 ahli sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai "Geng Janggut" menerusi Op Benteng di tiga lokasi di sekitar Johor Bahru dan Kulai.
![Bersauh tanpa kebenaran, kapal tangki asing ditahan Bersauh tanpa kebenaran, kapal tangki asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638532153_MaritimMalaysia.jpg)
Bersauh tanpa kebenaran, kapal tangki asing ditahan
Maritim Malaysia Perak menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di posisi 14.7 batu nautika Pulau Pangkor.
![Polis rampas syabu bernilai RM1.296 juta, tahan seorang lelaki Polis rampas syabu bernilai RM1.296 juta, tahan seorang lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632240491_syabu.jpg)
Polis rampas syabu bernilai RM1.296 juta, tahan seorang lelaki
Polis menahan seorang lelaki dan merampas syabu seberat 36 kilogram bernilai RM1.296 juta dalam Op Benteng di Jalan Tebedu-Serian, Sabtu lepas.
![Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628517402_HishammuddinTunHus.jpg)
Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.