JOHOR BAHRU: Polis menahan 12 ahli sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai "Geng Janggut" menerusi Op Benteng di tiga lokasi di sekitar bandar raya ini dan Kulai pada Rabu dan Khamis lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tangkapan itu melibatkan 10 warga Indonesia dan dua warga tempatan berusia antara 22 hingga 50 tahun terdiri daripada tiga tekong darat, tiga pengangkut , seorang penjaga rumah transit dan lima pendatang tanpa izin.
Sindiket ini diketuai seorang warga Indonesia dikenali sebagai "Janggut" yang dibantu dua lagi rakan senegara dan beroperasi di sekitar kawasan Sungai Tengah Bandar Penawar, Kota Tinggi serta mula bergerak aktif sejak April lepas.
"Bayaran yang dikenakan ke atas warga asing yang ingin memasuki ke negara ini kira-kira RM1,300, manakala bayaran untuk mereka keluar kira-kira RM1,500," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata sindiket terbabit dipercayai mendapat bantuan dan kerjasama daripada ejen atau pengurus yang akan bertindak sebagai pengatur pergerakan pendatang asing.
Ayob Khan berkata sejak Jun hingga September tahun ini, sindiket terbabit dipercayai telah mengatur pergerakan masuk kira-kira 465 warga asing dan pergerakan keluar 150 pendatang asing menerusi lima pendaratan bot di Sungai Tengah, Bandar Penawar.
Kesemua tangkapan melibatkan sembilan lelaki dan tiga wanita itu disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma dan Seksyen 26(a) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang media kejayaan anggota PDRM menumpaskan sindiket janggut yang aktif dalam kegiatan penyeludupan migran. - Foto BERNAMA
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri berkata, ASEAN akan terus menyelesaikan setiap isu melalui prinsip ASEAN Centrality, yang bermakna semua perkara akan dibincang secara terbuka dan sama rata, dan persetujuan perlu dicapai sebelum sebarang tindakan diambil.

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

Polis tahan 12 ahli "Geng Janggut" seludup pendatang tanpa izin
Polis menahan 12 ahli sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin yang dikenali sebagai "Geng Janggut" menerusi Op Benteng di tiga lokasi di sekitar Johor Bahru dan Kulai.