KUALA LUMPUR: Isu berkaitan kenaikan harga kit ujian pengesanan kendiri COVID-19 (RTK-Ag) dan proses vaksinasi antara dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Steven Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) mencadangkan kerajaan menetapkan harga kit RTK-Ag di bawah RM5 dan memberi subsidi bagi ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) dengan menetapkan harga di bawah RM100.
Beliau berpendapat sekiranya negara serius untuk memasuki fasa endemik, akses rakyat kepada segala keperluan bagi menghadapi wabak itu perlu dipermudahkan.
Katanya selain kit ujian, antara keperluan penting lain termasuk pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan oksimeter.
Sementara itu, Cha Kee Chin (PH-Rasah) pula berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menetapkan harga siling runcit kit ujian kendiri berada pada paras yang mampu dibeli golongan M40 dan B40.
“Memang pada mula (awal) Disember lepas, kit ujian ini telah dijual di bawah harga RM5 walaupun kerajaan tidak menetapkan harga siling di bawah RM5 ketika itu. Apabila kes meningkat sekarang, mereka mula menjual pada harga RM8 hingga RM9 malah ada lebih tinggi kerana permintaan tinggi,” katanya.
Beliau berkata ia menyebabkan keluarga berpendapatan rendah tidak mampu membeli kit ujian tersebut sekali gus menjejaskan usaha mengawal pandemik COVID-19.
Justeru katanya KPDNHEP perlu menyemak semula penetapan harga siling tersebut di bawah RM10 atau RM5 supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga apabila permintaan tinggi akibat penularan mendadak kes COVID-19.
Kerajaan pada September lepas menetapkan harga siling runcit maksimum kit ujian RTK-Ag pada harga RM19.90 daripada RM39.90.
M.Karupaiya (PH-Padang Serai) pula menggesa KPDNHEP meneliti punca kekurangan stok kit ujian kendiri di pasaran yang dilihat membebankan rakyat kerana ia keperluan penting dalam mendepani ancaman penularan varian Omicron.
Mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) berkata proses vaksinasi COVID-19 di Sabah perlu ditingkatkan memandangkan kadar vaksinasi di negeri itu masih rendah termasuk pemberian dos penggalak serta vaksin kepada kanak-kanak.
“Kadar vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di Sabah setakat ini hanya 12.5 peratus berbanding 24.8 peratus di peringkat nasional dan kadar vaksinasi bagi remaja 69.5 peratus berbanding 90 peratus (nasional).
"Kadar vaksinasi dewasa di Sabah adalah 77.5 peratus berbanding 97.5 peratus di peringkat nasional sekali gus menjadi negeri terendah kadar vaksinasinya," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Kata Steven Sim, sekiranya negara serius untuk memasuki fasa endemik, akses rakyat kepada segala keperluan bagi menghadapi wabak itu perlu dipermudahkan. - fotoBERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 - MDA
Katanya, cecair selain sampel yang disebutkan dalam arahan penggunaan kit ujian mempunyai sifat kimia yang boleh menyebabkan tindak balas.

COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri
MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.

Kawalan harga kit ujian COVID-19, vaksinasi antara isu dibahas Ahli Parlimen
Isu berkaitan kenaikan harga kit ujian pengesanan kendiri COVID-19 dan proses vaksinasi dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Hadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di farmasi, kedai runcit sah sahaja - CAP
Penularan dan peningkatan kes COVID-19 menyebabkan permintaan kit ujian kendiri melonjak.

Saringan bergilir: KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah
Surat pemakluman akan dikeluarkan berhubung pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah.

Kesan negatif jualan kit ujian kendiri COVID-19 di kedai serbaneka, stesen minyak
Tetapi apabila penjualannya dibuka kepada pelbagai jenis outlet, saya percaya bahawa akan wujudnya kit ujian tiruan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.

Penjualan kit ujian kendiri diperluas ke stesen minyak, jaminan harga bawah RM10 - KPDNHEP
Kit berkenaan akan dijual dengan harga di bawah RM10 berbanding harga asal RM19.90 yang dijual di farmasi dan kedai ubat.

Pelancongan: Pengusaha premis penginapan disaran sediakan kit ujian kendiri COVID-19
Walaupun tidak diwajibkan, ia merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan tiada risiko penularan jangkitan di premis mereka.

KPDNHEP jamin bekalan kit ujian kendiri mencukupi
Ketika ini terdapat kira-kira 6 juta kit ujian tersebut di pasaran.