KUALA LUMPUR: Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran adalah mencukupi, dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata, keperluan bagi melakukan ujian kendiri adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom.
Beliau berkata, profesional penjagaan kesihatan sendiri tidak menjalankan ujian kendiri secara harian, melainkan sekiranya ia jelas diperlukan untuk berbuat demikian dalam situasi berisiko tinggi tertentu.
"Disebabkan kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi, jumlah kes positif harian akan meningkat sehingga kita mencapai kemuncak, oleh itu adalah berhemat untuk kita menjaga SOP yang ditetapkan sepanjang masa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata walaupun ketepatan kit ujian kendiri mungkin tidak setanding dengan ujian Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Ag) dan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) profesional, kit ujian kendiri berguna dalam mengesan kehadiran virus pada kes-kes bergejala.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 - MDA
Katanya, cecair selain sampel yang disebutkan dalam arahan penggunaan kit ujian mempunyai sifat kimia yang boleh menyebabkan tindak balas.

COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri
MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.

Kawalan harga kit ujian COVID-19, vaksinasi antara isu dibahas Ahli Parlimen
Isu berkaitan kenaikan harga kit ujian pengesanan kendiri COVID-19 dan proses vaksinasi dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Hadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di farmasi, kedai runcit sah sahaja - CAP
Penularan dan peningkatan kes COVID-19 menyebabkan permintaan kit ujian kendiri melonjak.

Saringan bergilir: KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah
Surat pemakluman akan dikeluarkan berhubung pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah.

Kesan negatif jualan kit ujian kendiri COVID-19 di kedai serbaneka, stesen minyak
Tetapi apabila penjualannya dibuka kepada pelbagai jenis outlet, saya percaya bahawa akan wujudnya kit ujian tiruan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.

Penjualan kit ujian kendiri diperluas ke stesen minyak, jaminan harga bawah RM10 - KPDNHEP
Kit berkenaan akan dijual dengan harga di bawah RM10 berbanding harga asal RM19.90 yang dijual di farmasi dan kedai ubat.

Pelancongan: Pengusaha premis penginapan disaran sediakan kit ujian kendiri COVID-19
Walaupun tidak diwajibkan, ia merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan tiada risiko penularan jangkitan di premis mereka.

KPDNHEP jamin bekalan kit ujian kendiri mencukupi
Ketika ini terdapat kira-kira 6 juta kit ujian tersebut di pasaran.