SAYA terpanggil untuk memberi komen kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini tentang kit ujian kendiri COVID-19 yang bakal dibenarkan penjualannya di rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.
Mungkin niat keputusan ini datangnya daripada perspektif memberi ‘kemudahan’ kepada masyarakat agar kit ujian kendiri ini lebih senang diperoleh.
Walaupun keputusan ini berniat menyediakan kemudahan, perkara sepenting ini tidak seharusnya diambil mudah kerana ia juga bakal membawa kesan negatif.
Memandangkan negara kita masih dibelenggu pandemik ini, pihak berkuasa tidak wajar memilih ‘kemudahan’ sekiranya ia bakal membawa kemudaratan dari segi keselamatan dan kualiti.
Apa yang saya maksudkan di sini adalah, kit ujian kendiri ini sememangnya boleh didapati dengan mudah di pelbagai farmasi di setiap pelusuk bandar dan kawasan perumahan.
Ini bermakna isu ‘kemudahan’ sudahpun diatasi.
Apabila pengguna membeli kit ujian kendiri daripada farmasi, mereka boleh yakin bahawa kit ujian ini telah diluluskan dan diperakui oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Malaysian Device Authority – MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tetapi apabila penjualannya dibuka kepada pelbagai jenis ‘outlet’, saya percaya bahawa akan wujudnya kit ujian tiruan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.
Sebagai analogi, pada masa pandemik ini baru bermula, permintaan untuk pelitup muka meningkat secara drastik.
Disebabkan permintaan naik secara mendadak, pihak-pihak yang mahu meraih keuntungan telah mula menyediakan dan menjual pelbagai jenis pelitup muka.
Dari sinilah timbulnya beberapa kontroversi termasuk isu pelitup muka yang tidak memenuhi piawaian perubatan yang ditetapkan, di mana banyak yang tidak mampu memenuhi piawai tertentu iaitu, perlindungan virus COVID-19.
Malah terdapat laporan di mana pelitup muka dihasilkan dengan menggunakan pelitup muka yang dikitar semula!
Dalam kes kit ujian kendiri pula, sekiranya ia dibenarkan dijual secara meleluasa, saya yakin isu kit tiruan atau yang tidak diluluskan juga akan timbul.
Malah sudah terdapat aduan dalam media sosial di mana kit ujian kendiri yang dibeli atas talian tidak memberi keputusan yang tepat dan memuaskan.
Selagi COVID-19 masih wujud, tanpa kawalan kualiti yang betul, sudah pasti produk ini juga akan terjebak di ‘pasaran gelap’.
Perkara yang terlalu penting seperti kit ujian kendiri ini tidak wajar diambil mudah dan bakal membuka ruang untuk menjadi subjek penipuan yang membawa risiko tinggi kepada pengguna.
Sebagai bapa kepada dua orang anak, saya lebih yakin jika saya membeli kit ujian kendiri daripada farmasi atau klinik, kerana sudah pasti kit itu akan disahkan dan diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Buat masa kini, kit ujian kendiri ini cuma dapat dibeli di farmasi dan saya berpendapat ini harus dikekalkan untuk menjamin kredibiliti serta memastikan legitimasi kit berkenaan.
Baru-baru ini saya terbaca negara seperti United Kingdom dan India mengumumkan kit ujian kendiri hanya boleh dijual di farmasi dan pusat-pusat kesihatan yang diluluskan.
Memandangkan perkara ini, saya menyeru kepada pihak Kerajaan agar tidak membuat keputusan secara melulu sekadar untuk populariti tanpa mempertimbangkan risiko keselamatan dan reperkusi negatif yang bakal timbul.
Saya juga hairan mengapa pengumuman untuk meluaskan penjualan kit ujian kendiri ke pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan bukannya Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bukankah perkara berkaitan pandemik sepatutnya diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
Lebih-lebih lagi apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan pada bulan lalu bahawa farmasi adalah tempat terbaik untuk membeli kit ujian kendiri COVID-19.
Percanggahan antara kedua Kementerian ini mencerminkan isu jurang komunikasi dan persefahaman antara kedua-dua Kementerian yang bakal menimbulkan pemasalan kepada rakyat.
Adam Malek ialah pembaca Astro AWANI.
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Thu Nov 04 2021

Apabila pengguna membeli kit ujian kendiri daripada farmasi, mereka boleh yakin bahawa kit ujian ini telah diluluskan dan diperakui. -Gambar fail/Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.