SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Tengah, Unit II (Selangor) menggagalkan aktiviti penyeludupan rokok putih, minuman keras dan daging haiwan sejuk beku bernilai RM38.58 juta termasuk duti serta cukai menerusi beberapa siri serbuan baru-baru ini.
Penolong Ketua Pengarahnya Mohammad Sabri Saad berkata kejayaan melumpuhkan aktiviti penyeludupan itu membabitkan beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
"Keseluruhan rampasan melibatkan anggaran nilai sebanyak RM5,002,565.60 serta duti atau cukai sebanyak RM33,587,357.90," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata bagi kes rokok putih, pihaknya telah menyerbu dua lokasi iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor dan Taman Ideal Township, Seremban serta hasil serbuan tersebut sebanyak 42,060,000 batang rokok dirampas bernilai RM3,364,800 dan jumlah duti atau cukai sebanyak RM28,733,520.
"Kes pertama pada 14 dan 28 Julai membabitkan empat kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang yang dikesan melalui mesin pengimbas. Hasil pemeriksaan mendapati kontena itu bermuatan rokok putih yang disyaki tidak mempunyai lesen import sah semasa dagangan diimport.
"Kes kedua pada 8 Ogos, berdasarkan maklumat awam, pasukan menahan sebuah lori jenis rigid yang diparkir kerana disyaki memuatkan barang larangan dan hasil pemeriksaan fizikal ke atas lori itu mendapati, terdapat sejumlah rokok putih disyaki barang larangan," katanya.
Bagi minuman keras, beliau berkata sebanyak 113,698.92 liter dirampas dengan nilai RM941,265.60 dan jumlah duti atau cukai sebanyak RM4,853,837.90.
Mohammad Sabri berkata bagi kes daging sejuk beku, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah treler 40 kaki yang ditinggalkan di Kawasan Perindustrian PKNS Pandamaran, dekat sini dan sebanyak 27,860 kilogram dan bernilai RM696,500 dirampas.
"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, lori tersebut bermuatan paru-paru lembu sejuk beku dan tanpa dokumen import sah," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini sedang menyiasat kes terbabit di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Penolong Ketua Pengarahnya Mohammad Sabri Saad berkata kejayaan melumpuhkan aktiviti penyeludupan itu membabitkan beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA/JKDM
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Kamera badan jadi 'fear factor,' tingkat integriti dan penguatkuasaan anggota, pegawai JKDM
Sejak mula digunakan pada Oktober 2023, berdasarkan rekod, aduan melibatkan salah laku anggota dan pegawai JKDM di lapangan menurun.
Kastam Kelantan rampas tembakau kering bernilai lebih RM50,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada minggu lepas.
Kastam rampas 16 kenderaan mewah, rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 16 kenderaan mewah dan 1.2 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM4.5 juta dalam dua serbuan berbeza di ibu negara dan Pahang, baru-baru ini.
LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar
Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah yang terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.
Penyeludup lepaskan tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan
Seorang penyeludup lelaki telah melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota JKDM Kelantan, ketika operasi penguatkuasaan membanteras penyeludupan petrol dan diesel di Tumpat, pada Rabu.
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.