NILAI: Bimbang keselamatan sahabat baik yang mempunyai masalah penglihatan terhad menyambut Aidilfitri bersendirian di kampus kerana tidak dapat pulang ke Sabah, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Mohd Amirol Ridzuan Aripin, 23, nekad membawanya pulang ke kampung di Kemaman.
Amirol memujuk sahabat sekuliahnya itu, Mohd Sufri Syahrifuddin, 23, yang juga orang kurang upaya (OKU) supaya mengikutnya selepas mengetahui dia tidak pulang ke Kunak kerana kos penerbangan yang tinggi tidak sepadan dengan tempoh cuti terhad.
Amirol dan Sufri adalah penuntut tahun tiga Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, yang terbabit dalam Program Pergerakan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021 yang diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.
Kedua-dua mereka adalah antara 181 orang kumpulan pertama penuntut USIM yang dihantar pulang ke kampung di Kelantan dan Terengganu menggunakan bas universiti pada Sabtu.
Menurut Amirol, hatinya berasa tidak tenang memikirkan keadaan Sufri menguruskan diri di asrama kerana masalah penglihatan serius dihadapinya memerlukan seseorang untuk sentiasa bersamanya.
"Sufri pernah beberapa kali terjatuh ketika berjalan berseorangan semasa di kampus. Dia juga pernah mengalami kecederaan yang serius sebelum ini.
"Sejak dari awal minggu orientasi di tahun pertama dahulu saya ambil tanggungjawab sehingga kini untuk membantu dia kerana prihatin pada dirinya. Kebetulah kami sekuliah dan rakan sebilik di asrama, jadi lebih mudah.
"Dia rapat dan selesa dengan saya, jadi pastinya saya berasa sedih jika dia menyambut Aidilfitri seorang diri di asrama. Saya juga bimbang soal keselamatan dan makan minum dia kerana selama ini saya yang menguruskannya.
"Ibu bapa saya pun sudah menganggapnya sebagai anak sendiri, adik-beradik juga rapat dengan dia, jadi emak juga minta saya bawa dia pulang berhari raya bersama kami," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Sufri berkata, dia amat terharu dengan keprihatinan Amirol dan keluarganya.
"Meraikan Aidilfitri bersama mereka seperti meraikan bersama keluarga saya. Ibu bapa di Sabah bersyukur kerana saya tidak berseorangan dan titipkan pesanan untuk saya jaga kesihatan dan jaga diri," katanya.
Sementara itu, USIM dalam kenyataan berkata, kumpulan kedua pelajar USIM membabitkan 74 orang selamat bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing di Melaka, Johor dan Perak pada pagi Ahad menaiki empat buah bas dan sebuah van universiti yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Seramai 1,979 pelajar USIM yang berada di kampus terlibat dalam program pergerakan pulang sempena Aidilfitri itu dengan 538 orang memilih untuk pulang ke kampung menggunakan kenderaan universiti bermula 8 sehingga 11 Mei.
Astro Awani
Sun May 09 2021
Amirol (kanan) dan Sufri (kiri) adalah penuntut tahun tiga Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
Pembangunan institusi pendidikan Islam bantu lahirkan manusiawi berakhlak tinggi
Inisiatif kerajaan salur peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam jadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi berakhlak tinggi.
Kerjasama kesatuan guru penting salur agenda pendidikan negara - Fadhlina
Kerjasama kesatuan guru penting bagi memastikan agenda pendidikan negara dapat disampaikan lebih menyeluruh hingga ke peringkat akar umbi.
USIM tersenarai dalam QS World University Rankings
USIM tersenarai dalam kedudukan keseluruhan 1,201 hingga 1,400 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024.
Surat kerah pelajar ke program Temu Anwar palsu
Stracomm USIM berkata, pihak universiti tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan dan ia adalah palsu.
Tiga IPT bekerjasama dengan Istana Budaya beri pendedahan muzik tradisional
Tiga IPT itu adalah Management and Science University (MSU), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'
Impian Iffah lanjut pengajian dapat perhatian, USIM tawar bantuan selesai masalah
Naib Canselor USIM, Profesor Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, berkata pihaknya telah menghubungi pelajar tersebut dan menawarkan bantuan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan.
Duit simpanan belum cukup, impian Iffah ke USIM mungkin terpaksa dilupakan
Iffah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke USIM dalam bidang pengajian Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat, selepas mendapat kepujian dalam STAM.