Antaranya adalah banjir yang telah menimpa beberapa negeri di Malaysia yang mengakibatkan ada kawasan-kawasan yang ditenggelami air.
Walau bagaimanapun, setiap yang telah dirancangkan haruslah diteruskan memandangkan semua persediaan telahpun dibuat dan kad jemputan telahpun diedarkan.
Seperti yang tular baru-baru ini, sebuah video yang dikongsikan oleh @oohlysa yang telah berkongsi momen sebak apabila seorang bapa mengangkat anak perempuannya yang bakal bernikah mengharungi air bertakung di hadapan rumah.
Bukan itu sahaja, bapa pengantin itu juga sempat berpaling semula dan meminta bunga tangan anaknya yang tertinggal sewaktu dia mengangkat gadis tersebut.
Pengantin perempuan yang sudah berada di khemah berhampiran pelamin kelihatan sebak kerana menahan tangis sebelum kepalanya disentuh oleh bapa tersayang seakan memberikan restu untuk anaknya yang tersayang.
Begitulah kasih seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja buat anak-anaknya. Walaupun anak itu sudah besar tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya.
Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ditonton lebih dari sejuta dalam masa 7 jam selepas dimuat naik.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan mengakui sebak apabila melihat lelaki pertama yang dicintai anak perempuan sanggup mengangkat dan meredah hujan serta banjir demi menghantarnya untuk mendirikan rumah tangga.
Semoga ayah pengantin ini terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. - Keluarga