MELAKA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyarankan setiap negeri mewujudkan satu sistem pembetungan berpusat yang dapat mengawal sisa industri atau efluen dari kilang-kilang, daripada terlepas ke sungai-sungai utama.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sistem seperti mewujudkan loji rawatan kumbahan serantau itu amat penting dalam usaha kementerian untuk memelihara kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.
Katanya, melalui sistem loji kumbahan itu, segala efluen atau sisa dari kawasan industri akan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai atau tempat lain seterusnya dapat mengawal pencemaran daripada berlaku seperti kejadian pencemaran sebelum ini.
Ujarnya, sistem loji kumbahan ini juga memudahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan pemantauan sisa kumbahan yang dikeluarkan dari premis-premis industri di negeri masing-masing.
“Konsep kita bersepadu. Maknanya sistem kumbahan kita nak buat secara bersepadu. Maka, kita harapkan negeri yang dalam perancangan untuk zonkan kawasan industri terus mengambil mekanisme ini dalam pembangunan kawasan industri.
“Kalau dengan cara ini tak payah lagi JAS akan pantau setiap premis kilang industri. (Sekarang ini) terpaksa pergi 200 kilang untuk pantau. Apabila kita sudah ada sistem pembetungan berpusat ini, efluen daripada industri ini lebih mudah dipelihara dan boleh mengawal pencemaran daripada satu-satu sumber sebelum dia terbuang ke sungai,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Melaka Bumi Lestari di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.
Setakat ini, projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bandaraya Melaka di Batu Berendam yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sedang berjalan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan DAP untuk membantu KASA menganjurkan persidangan peringkat kebangsaan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim, Tuan Ibrahim berkata, isu alam sekitar tidak sepatutnya dipolitikkan.
Jelasnya, di peringkat kementerian, pelbagai program sudah dirangka dan dilaksanakan dan jika Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ingin membantu, beliau perlu menyelesaikan beberapa beberapa isu alam sekitar di Pulau Pinang terlebih dahulu yang menyumbang kepada pencemaran.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Apr 09 2021
![KASA cadang wujudkan sistem pembetungan berpusat di zon industri seluruh negara KASA cadang wujudkan sistem pembetungan berpusat di zon industri seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617535547_DatukSeriTuanIbra.jpg)
TUAN IBRAHIM: Loji rawatan kumbahan serantau amat penting dalam usaha kementerian untuk memelihara kelestarian alam sekitar dan mengurangkan pencemaran. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647870076_TBTUANIBRAHIM.jpg)
RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.
![Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport sisa Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport sisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647870076_TBTUANIBRAHIM.jpg)
Malaysia gesa kerjasama yang lebih baik dari negara pengeksport sisa
Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.
![Kemasukan sisa buangan ke Malaysia sentiasa dipantau - Tuan Ibrahim Kemasukan sisa buangan ke Malaysia sentiasa dipantau - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617741310_DatukSeriTuanIbra.jpg)
Kemasukan sisa buangan ke Malaysia sentiasa dipantau - Tuan Ibrahim
Kerajaan sentiasa memantau setiap aktiviti kemasukan sisa buangan ke Malaysia bagi mengelakkan negara ini menjadi antara pusat longgokan dan pemprosesan sampah dunia.
![Empat ketua setiausaha kementerian baharu dilantik serentak hari ini - KSN Empat ketua setiausaha kementerian baharu dilantik serentak hari ini - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577785602_TBZUKI.jpg)
Empat ketua setiausaha kementerian baharu dilantik serentak hari ini - KSN
Perkara itu diumum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media hari ini.
![Kementerian akan teruskan dasar, inisiatif baik berkaitan alam sekitar - Tuan Ibrahim Kementerian akan teruskan dasar, inisiatif baik berkaitan alam sekitar - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583792467_TBTuanIbrahimTuanMa.jpg)
Kementerian akan teruskan dasar, inisiatif baik berkaitan alam sekitar - Tuan Ibrahim
Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan dasar dan inisiatif baik berkaitan alam sekitar yang diperkenalkan kerajaan terdahulu serta menyemak semula dasar yang memerlukan penambahbaikan, kata Menterin