JOHOR BAHRU: Tiga lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes "kartel perolehan" melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta.
Majistret Nurmadiana Mamat membenarkan permohonan reman hingga 25 Jan ini terhadap ketiga-tiga lelaki berumur lingkungan 28 hingga 47 tahun itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, kesemua mereka yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini kira-kira 9.40 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.
Semalam, tiga lelaki yang dipercayai bertindak sebagai dalang kepada "kartel perolehan" itu ditahan SPRM Johor di pejabat agensi itu kira-kira 6 petang.
Tangkapan terhadap ketiga-tiga individu terbabit dipercayai dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang kartel terbabit kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Semua suspek berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru jam 9.40 pagi tadi diiringi pegawai SPRM. - Gambar/ Sinar Harian
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
Kartel perolehan: Pegawai TLDM, pemilik syarikat direman
Seorang pegawai TLDM dan seorang pemilik syarikat yang ditahan susulan sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem TLDM bernilai RM9 juta di sini direman.
'Kartel perolehan' TLDM: Dua lagi individu ditahan
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 42 dan 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 4 petang tadi.
'Kartel perolehan' TLDM: Pegawai TLDM dan pemilik syarikat ditahan
SPRM Johor menahan seorang pegawai TLDM dan seorang pemilik syarikat susulan kes sindiket kartel kerja-kerja perolehan melibatkan sebuah kem Tentera Laut (TLDM).
'Kartel perolehan': Mindef akan beri kerjasama sepenuhnya
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga selesai siasatan kes "kartel perolehan".
'Kartel perolehan': TLDM sahkan SPRM panggil anggota, ambil dokumen
TLDM mengesahkan beberapa anggotanya telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan "kartel perolehan".
'Kartel perolehan' TLDM: 3 lelaki direman 7 hari
Tiga lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes "kartel perolehan" melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Tiga lelaki dipercayai dalang kepada 'kartel perolehan' TLDM ditahan
Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang tadi.