PUCHONG:Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengesyaki terdapat kegiatan pembungkusan semula daging beku di sebuah gudang kartel produk daging sejuk beku di Taman Perindustrian Puchong di sini pada Jumaat.
Maqis dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian berkata, serbuan diketuai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dijalankan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan yang lain.
"Hasil pemeriksaan dan maklumat awal yang dijalankan, sumber daging tersebut ditemui bercampur aduk dari abattoir (rumah penyembelihan) yang tidak diluluskan dengan yang diluluskan oleh kerajaan.
"Sehingga lewat malam, pihak PDRM dan Maqis bertungkus-lumus mengira kuantiti daging yang disita untuk ditempatkan di tempat tahanan Maqis," katanya pada Ahad.
Beliau berkata, kes telah diserahkan kepada Maqis untuk siasatan di bawah Seksyen 11 dan 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Menurutnya, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit, lesen atau perakuan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan Seksyen 15(1) Akta yang sama.
Tambahnya, kerjasama strategik dan operasi bersepadu Maqis bersama agensi lain akan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan bagi memastikan kawalan import komoditi pertanian terutamanya daging dapat diperkukuhkan.
"Maqis amat menghargai kerjasama yang dimainkan oleh rakan strategik seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain di dalam menangani isu penyeludupan seperti ini," katanya.
Pihak Maqis sangat komited dalam memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal.
Sinar Harian
Sun Feb 07 2021

Sebuah gudang kartel daging sejuk beku di Puchong, Selangor diserbu pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kartel daging: Syarikat LY Frozen, pengurus stor, akauntan dilepas, bebas ubah wang haram
Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, pengurus stor dan akauntannya, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM12 juta.

Jakim akan laksana tiga mekanisme elak isu 'kartel daging' berulang
Isu tersebut telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

Kartel daging: 4 penguat kuasa MAQIS, seorang pemilik syarikat dihadap ke mahkamah
Mereka berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.

Kartel daging: Syarikat, pengarah dan pengurus dituduh sekali lagi
Hari ini mereka didakwa atas empat pertuduhan bersabit kesalahan bersubahat dan memiliki barangan dilarang import bernilai RM643,465.39 pada Disember 2020.

Isu ketirisan daging import luar bidang kuasa DVS
Agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut SOP ditetapkan.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Kartel daging: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas - SPRM Johor
SPRM Negeri Johor sudah pun menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kartel penyeludupan daging sejuk beku kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Kartel daging: MAQIS kini boleh akses sistem pelabuhan untuk pemeriksaan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kini mempunyai akses ke dalam sistem pelabuhan untuk membuat pemeriksaan.