SUNGAI PETANI: Yayasan Jariah Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Majlis Pembandaran Sungai Petani (MPSP) dan Al-Fateh Group Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Anak Muda pada 4 November 2022 bertempat di Dataran Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah.
Menurut Ketua Penyelarasan Program, Nurul Alia Natasha, karnival yang dianjurkan buat julung kalinya di Sungai Petani itu akan memfokuskan peranan dan peluang yang disediakan oleh MARA dan MARA Corp dalam membangunkan masyarakat luar bandar sekaligus meningkatkan produktiviti anak muda.
"Karnival Anak Muda yang berlangsung selama satu hari itu akan memfokuskan pada pameran Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya dengan menampilkan penglibatan beberapa agensi di bawah Mara dan Mara Corporation Sdn Bhd mengenai peluang yang di tawarkan untuk anak muda di luar bandar.
“Generasi muda luar bandar seharusnya diberikan peluang untuk mengetahui secara lebih terperinci tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di bawah KPLB dan pendedahan melalui karnival ini amat penting bagi mengelakkan meraka terlepas merebuti peluang besar yang disediakan khas untuk mereka,” katanya.
Nurul Alia turut menjelaskan karnival yang akan dirasmikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, itu mensasarkan sekitar 3,000 pengunjung bakal membanjiri program tersebut.
"Selain gerai jualan produk, pelbagai aktiviti lain bakal disediakan sepanjang karnival seperti pertandingan E-Sport, Sukan Rakyat, gerai pameran, cabutan bertuah, persembahan kebudayaan dan sebagainya.
"Untuk E-Sport penganjur menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000.00 bagi peserta Mobile Legends & PUBG dan sebiji motosikal serta peralatan elektrik untuk cabutan bertuah,” jelasnya lagi.
Kepada yang berminat untuk menyertai karnival yang diadakan itu, meraka boleh menghubungi Urusetia Media, Shaffi Adam 011-2326 6844 atau Farhan Ruslee 012-2425823 untuk maklumat lanjut.
Astro Awani
Wed Nov 02 2022
Menurut Ketua Penyelarasan Program, Nurul Alia Natasha karnival yang dianjurkan buat julung kalinya di Sungai Petani itu akan memfokuskan peranan dan peluang yang disediakan oleh MARA dan MARA Corp. - Gambar Astro AWANI
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.
Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lalu akibat sesak nafas.
Pemuda Pas terbuka bekerjasama dengan UMNO - Afnan Hamimi
Pas secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO, sekiranya parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
PRN Sabah: UMNO akan kerjasama dengan PH, kaedah terbaik kekalkan Kerajaan Perpaduan
UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Isu sijil halal: DAP kekal bantu UMNO dalam PRK Mahkota
DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada PRK Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.