Sarawak dan Sabah akan mengemukakan permohonan kepada Menteri Kewangan persekutuan bagi menangguhkan tarikh pelaksanaan cukai pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Hamzah.
Beliau berkata Sarawak dan Sabah telah menampilkan resolusi, memorandum persefahaman (MoU) yang akan dikemukakan kepada Menteri Kewangan Persekutuan untuk dipertimbangkan.
"Sebenarnya, kita mahu tarikh pelaksanaannya ditunda kepada 31 Mac tahun depan dan saya amat pasti pelaksanaannya akan ditangguhkan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran festival Rainforest Fringe di sini pada Jumaat.
Karim berkata apa-apa yang berkaitan dengan cukai, ia terserah kepada Kementerian Kewangan untuik membuat keputusan bila ia akan dilaksanakan.
"Saya amat yakin beliau (Menteri Kewangan) akan memberi pertimbangan yang sewajarnya selepas melihat perkembangan yang telah berlaku... yang baik dan yang buruk," kata Karim.
"Dua hari lepas, saya mengadakan pertemuan dengan persatuan pengusaha pelancongan dan hasil pertemuan dilihat memberi harapan apabila beberapa insentif dijanjikan bagi mengurangkan beban pengusaha pelancongan," kata Karim.
Karim berkata disebabkan cukai pelancongan, sekumpulan 3,000 pelancong asing membatalkan penerbangan untuk menghadiri satu persidangan di Semenanjung Malaysia dan mengalih ke Thailand kerana mereka perlu membayar lebih RM100,000 sebagai cukai pelancongan.
"Mereka mengubah fikiran kerana cukai pelancongan dan sebab itulah saya mahu tarikh pelaksanaan cukai itu ditangguhkan, berbincang dan duduk berunding dahulu dan mencari penyelesaian bagi mengurangkan bebannya," kata beliau.
Dalam perkembangan lain, Karim berkata kerajaan negeri akan membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk menganjurkan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (WRFMF) tahun ini termasuk menganjurkan Rainforest Fringe dan menambah pihak penganjur juga menerima tajaan daripada sektor swasta.
WRFMF 2017 akan berlangsung dari 14 hingga Julai sementara Rainforest Fringe dari 7 hingga 16 Julai.
Beliau berkata festival Rainforest Fringe adalah sesuatu tambahan yang ditawarkan oleh Kementerian Pelancongfan, Kesenioan, Belia dan Sukan Sarawak dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk memeriahkan lagi WRMF bagi menampilkan kekayaan budaya dan warisan Sarawak.
Beliau juga berkata Rainforest Fringe akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang bnagi melengkapkan WRFMF untuk memperkenalkan budaya dan warisan Sarawak melalui aktiviti di Bangunan Mahkamah Lama Kuching, Muzium Sarawak dan Tebingan Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2017

KARIM: Sebenarnya, kita mahu tarikh pelaksanaannya ditunda kepada 31 Mac tahun depan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.

Dewan Negara lulus empat rang undang-undang
Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.

Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.

Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.

Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen
Kementerian Kewangan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi berhubung agihan perolehan cukai pelancongan antara Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia, kata Pengerusi DAP Sarawak.

Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar.

'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng
Guan Eng menempelak dakwaan bahawa kerajaan persekutuan berhutang RM2.7 juta dengan Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.

Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.

Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.