KUALA LUMPUR:Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat fardu kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid, dewan solat utama, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa esok.
Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataannya hari ini, berkata aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
"Semua ketetapan ini berkuat kuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Feb tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Mohd Ajib berkata perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah berkenaan adalah bagi kesemua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Perluasan itu adalah berdasarkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Mohd Ajib turut mengajak umat Islam untuk berdoa dan bermunajat agar penularan wabak COVID-19 dalam negara segera berakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah berkenaan adalah bagi kesemua Wilayah Persekutuan iaitu KL, Putrajaya dan Labuan. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

JAWI selesai siasat isu zikir pelik di tanah perkuburan Setapak
Pengarah JAWI Hanifuddin Roslan berkata pihaknya telah mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris serta pelaku yang terlibat.

10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah

JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.

Polis siasat kes bacaan doa tular
Polis menerima satu laporan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.

Jawi tambah pusat pelupusan al-Quran, tingkat produktiviti harian
Dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada.

Ira Kazar dipanggil JAWI
Anak kepada pelakon veteran, Ira Kazar dilapor dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan minggu lalu.

JAKIM kenal pasti lokasi operasi Hadi Minallah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

JAWI benarkan solat Jumaat ikut kapasiti dan semua aktiviti imarah masjid
Kebenaran itu diberikan dengan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah.

Waris perlu benarkan jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM dikebumi di tempat ditetapkan
Waris kepada jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM diminta membenarkan urusan pengebumian dilakukan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Tragedi kapal selam: Jawi saran masjid, surau lakukan solat jenazah ghaib
Ini bagi mendoakan mangsa yang beragama Islam yang meninggal dunia dalam tragedi kapal selam karam di Indonesia.