Kita sering beranggapan kapal terbang merupakan medium pengangkutan paling merbahaya. Ini kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal atau memandu kapal terbang, serta jarak di antara langit dan darat mempengaruhi ketakutan kita.
Hakikatnya, kapal terbang merupakan medium pengangkutan paling selamat jika dinilai mengikut statistik kemalangan maut yang berpunca daripada pengangkutan lain.
Sebagai contoh, kapal terbang adalah 61 kali lebih selamat berbanding kereta. Malah, berjalan kaki adalah 60 kali lebih bahaya berbanding menaiki kapal terbang.
“Kalau kita tengok dari segi nombornya, kebarangkalian kemalangan kapal terbang adalah 1/7200. Kalau dibandingkan dengan kereta adalah 1/415. Jadi jika dibandingkan secara langsung, maknanya kapal terbang adalah 61 kali lebih selamat daripada menaiki kereta.
"Kalau kita tengok statistik kedua, pejalan kaki. Kebarangkalian kemalangan adalah 1/750. Jika dibandingkan dengan menaiki kapal terbang, ia 60 kali lebih bahaya,” kata penganalisis penerbangan Maybank Investment Bank, Mohshin Aziz.
Tambahnya, sekurang-kurangnya 1,400 kejadian seperti nahas kapal terbang perlu berlaku bagi menyamai jumlah kematian nahas jalan raya di negara ini setakat pada tahun 2013 saja.
“Akan tetapi MH370 adalah insiden pertama selama 37 tahun ini. Jadi berdasarkan perumpamaan ini, amat jelas bahawa kapal terbang jauh lebih selamat berbanding kereta atau mana-mana pengangkutan lain,” ujarnya.
Pada tahun 2012, sektor penerbangan mencatatkan kehilangan nyawa paling kurang dalam sejarahnya dengan kurang 500 kematian berbanding 2.2 bilion penumpang yang mengembara di seluruh dunia.
Selain komponen sokongan, kapal terbang juga menjalani penyelenggaraan rapi yang menjadikan ia pengangkutan paling selamat. Ditambah dengan teknologi kejuruteraan terkini, kebarangkalian kerosakan sesebuah kapal terbang adalah sifar.
“Setiap kejuruteraan dalam komponen kapal terbang mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 5 komponen sokongan untuk bahagian kritikal. Contohnya, juruterbang mempunyai lima cara untuk berkomunikasi seperti e-radio, radio nombor 2, frekuensi ketiga dan sistem ‘pulse’. Sama juga dengan sistem pelepasan atau enjin. Jika satu enjin rosak, enjin kedua berkemampuan untuk membawa penumpang ke lapangan terbang dengan selamat.
“Jadi kebarangkalian kerosakan sesebuah kapal terbang adalah sifar. Selain itu, kapal terbang juga dipandu oleh juruterbang terlatih yang menjadikan ia medium pengangkutan paling selamat,” jelas Mohsin.
Tidak cukup dengan kecanggihan kejuruteraan, setiap kapal terbang komersial juga akan menjalani penyelenggaran kecil setiap hari bagi memastikan keselamatan. Manakala penyelenggaran skala lebih besar akan dijalankan secara sebulan.
“Pemeriksaan mandatori akan dijalankan setiap hari selama dua jam bagi menguji enjin serta perisian lain. Selain pemeriksaan bulanan, kapal terbang akan menjalani ‘C Check’ yang membawa maksud ‘Charlie’ setiap tahun. Penyelenggaran tahunan itu merangkumi penukaran komponen yang haus seperti sistem brek.
“Manakala setiap 11 atau 12 tahun, setiap kapal terbang akan lalui pemeriksaan komprehensif ‘D Check’ di mana setiap inci kapal terbang akan diuji. Selepas penyelenggaran ini, tahap ‘kesihatan’ kapal terbang itu adalah seperti sebuah kapal terbang baru,” katanya dalam satu pertemuan ditemui di pejabatnya di Bangsar.
Berdasarkan statistik, tidak dinafikan kadar nahas kapal terbang semakin berkurang setiap tahun, rentetan kecanggihan teknologi.
Jessabell Soo
Mon Mar 17 2014

InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
Timbalan Perdana Menteri Fadillah malam tadi menyertai acara jalan kaki sejauh tiga km bermula dari Anjung Floria, Putrajaya.

Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti
Tular satu klip video memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.

Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah
Seorang lelaki bertekad memulakan perjalanan secara solo dengan berjalan kaki sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah.

Lima hari jalan kaki dari JB ke Istana Negara tuntut keluar KWSP
Setelah berjalan kaki sejauh 312 km dari Skudai bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP, pemandu teksi, akhirnya tiba di Pintu 3 Istana Negara pada Isnin.

Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan selama dua jam untuk ke sekolah.

PRU15: Dua wanita Orang Asli berjalan 15km di laluan balak untuk mengundi
Dua wanita Orang Asli suku kaum Temiar berjalan kaki sejauh 15 kilometer ke pusat mengundi di SK Kuala Betis, di Gua Musang.

Langkah pasca COVID-19: Sampai bila rakyat harus berjalan kaki di Tambak Johor?
Memang benar COVID-19 telah menghambat ekonomi dunia dan menyebabkan jumlah pelancong ke Malaysia merudum. Akan tetapi, ekonomi negara dan dunia juga dijangka meningkat setelah pandemik ini berakhir.

COVID-19: Wanita berjalan lebih 4 jam pulang ke Singapura untuk uruskan suami
Herman Sudil memberitahu ibunya datang ke Johor Bahru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantunya menguruskan anak-anak.

Berjalan 1,293km sebar mesej kesedaran kanser
Tiga sahabat mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan membuat saringan awal pemeriksaan kanser.

Empat cedera jambatan runtuh di Prague
Empat cedera dalam satu kejadian tanah runtuh di Prague, Republik Czech pada Sabtu.