KUCHING: Empat mayat dipercayai antara lapan kru kapal MV Tung Sung, yang terbalik di perairan Pulau Burung di Sebuyau, di sini Rabu lepas, ditemukan hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.
Beliau berkata pada 1.15 tengah hari tadi, pihaknya menerima laporan daripada nelayan yang mengesan tiga mayat terapung pada jarak kira-kira 15 batu nautika timur laut dari Pulau Burung.
Berdasarkan maklumat itu, katanya pihak Maritim telah menggerakkan Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu ke lokasi dan telah melaksanakan pengambilan ketiga-tiga mayat tersebut.
"..manakala, sekitar jam 5.20 petang tadi, KM Kota Kinabalu sedang meneruskan rondaan telah menemui satu lagi mayat di dalam sektor pencarian," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua mayat ditemukan tidak memakai jaket keselamatan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak.
Kelapan-lapan kru yang hilang berumur dalam lingkungan 20 hingga 52 tahun dengan tiga daripadanya warga tempatan dari Sibu yang dikenali sebagai Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Anak Chuit.
Empat lagi mangsa merupakan warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo dan seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kapal terbalik: Empat mayat ditemukan
Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Apung kapal cara terbaik kesan lapan kru kapal terbalik
Memandangkan operasi menyelamat berisiko tinggi, pihak syarikat kapal perlu merancang dan melantik kontraktor yang berkemampuan dalam melaksanakan proses pengapungan itu.

Bot bawa 130 migran terbalik di perairan Libya, 10 mayat ditemukan
Sekurang-kurangnya 10 anak kapal mati manakala 120 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot getah terbalik di pesisir pantai Libya, semalam.