SEBUYAU: Proses pengapungan kapal menjadi pilihan terbaik untuk mengesan kesemua kru yang dipercayai hilang dalam insiden kapal dikenali sebagai MV Tung Sung, yang terbalik kira-kira empat batu nautika ke barat laut Pulau Burung berdekatan perairan Sebuyau, di sini pada Rabu lepas.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata memandangkan operasi menyelamat berisiko tinggi, pihak syarikat kapal perlu merancang dan melantik kontraktor yang berkemampuan dalam melaksanakan proses pengapungan itu.
"Proses ini perlu dilakukan secepat mungkin dan ia memakan masa agak lama kira-kira empat hingga lima hari kalau cuaca baik dan 10 hari atau lebih sekiranya cuaca buruk.
"Bukan mudah untuk mengenal pasti syarikat yang mampu melaksanakan proses pengapungan ini kerana ia memerlukan tenaga penyelam dan peralatan seperti kapal dan kren, yang mempunyai kapasiti mengangkat serta mengapungkan kapal tersebut," katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Jeti Awam Sebuyau di sini hari ini.
Menurutnya proses pengapungan kapal perlu dilakukan dengan teratur dan profesional, selain kerja-kerja pengapungan akan dihentikan sekiranya cuaca buruk kerana faktor keselamatan.
"Penyelam perlu kenal pasti tempat yang bersesuaian untuk membuat kimpalan bawah air dan di setiap tempat itu akan diikat dengan wayar untuk disambungkan pada kren yang akan tarik kapal itu secara perlahan," katanya sambil menambah kapal itu kini terkandas di air keruh dengan kedalaman kira-kira 50 meter.
Dalam pada itu, Zin Azman berkata berdasarkan maklumat terkini hanya lapan anak kapal dikenal pasti berada di atas kapal berkenaan ketika memulakan pelayaran, susulan syarikat kapal itu telah mengesahkan Maxwell Billy Stimba, 26, tidak menaiki kapal berkenaan.
Katanya berdasarkan penilaian awal, keadaan cuaca buruk dan ombak tinggi pada malam kejadian mungkin menyebabkan kapal terbalik dengan pantas dan anak kapal tidak dapat mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan bantuan.
Memasuki hari kedua operasi mencari dan menyelamat (Carilamat), beliau berkata pihaknya telah mempertingkat tenaga kerja dan keluasan rondaan dengan penglibatan 97 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi.
"Operasi tersebut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Pengawal Pantai Sarawak, dengan penggunaan sembilan aset dan sektor rondaan seluas 373.65 batu nautika persegi berbanding semalam (210.48 batu nautika persegi)," katanya.
Menurut Zin Azman kejadian itu berlaku pada Rabu kira-kira 11 malam, namun Maritim Malaysia hanya menerima laporan berhubung kehilangan kapal itu pada kira-kira 9.40 pagi keesokan harinya sebelum operasi Carilamat dimulakan pada 1.20 tengah hari dengan sebuah aset agensi itu KM Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.
Kelapan-lapan kru yang hilang berumur dalam lingkungan 20 hingga 52 tahun dengan tiga daripadanya warga tempatan dari Sibu yang dikenali sebagai Chieng Siew Ngiek, Wong Hua Wu dan Stimba Anak Chuit.
Empat lagi mangsa merupakan warga Myanmar iaitu That Min July, Ye Lin Htet, Hla Win Tun, Tun Lin Oo dan seorang warga Indonesia, Lido Ali Purwanto.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Zin Azman berkata memandangkan operasi menyelamat berisiko tinggi, pihak syarikat kapal perlu merancang dan melantik kontraktor yang berkemampuan dalam melaksanakan proses pengapungan itu. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kapal terbalik: Empat mayat ditemukan
Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Apung kapal cara terbaik kesan lapan kru kapal terbalik
Memandangkan operasi menyelamat berisiko tinggi, pihak syarikat kapal perlu merancang dan melantik kontraktor yang berkemampuan dalam melaksanakan proses pengapungan itu.

Bot bawa 130 migran terbalik di perairan Libya, 10 mayat ditemukan
Sekurang-kurangnya 10 anak kapal mati manakala 120 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot getah terbalik di pesisir pantai Libya, semalam.