LANGKAWI: Sebuah kapal layar yang berlabuh di kawasan perairan berdekatan Jeti Pelancongan Kuah di sini, terbakar dalam kejadian pada tengah hari Selasa.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, kebakaran membabitkan bahagian dalam kapal dengan anggaran kemusnahan sekitar 50 peratus.
Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan tercedera dalam kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu.
“Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 1.19 tengah hari.
“Sejurus itu, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Selasa.
Mohd Zamri berkata, kapal layar berukuran 12 meter panjang dan tiga meter lebar itu berada pada jarak 200 meter dari pesisir pantai ketika terbakar.
“Kerja memadam kebakaran dilakukan menggunakan satu aliran pancutan dari sumber air terbuka dan api berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 20 minit,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 20 2024
Kapal layar berkenaan terbakar sekitar 50 peratus membabitkan bahagian dalam kapal.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Kapal layar terbakar di Langkawi
Sebuah kapal layar yang berlabuh di kawasan perairan berdekatan Jeti Pelancongan Kuah di sini, terbakar dalam kejadian pada tengah hari Selasa.
Api kembali menyala di kapal layar akibat angin kuat
Bara api di sebuah kapal layar yang terbakar pagi tadi kembali menyala semula dan menjilat bahagian kemudi dan belakang kapal.
Kapal layar terbakar, 7 kru diselamatkan Maritim Malaysia
Kebakaran berlaku di kawasan perairan kira-kira 0.6 batu nautika Timur Laut Pulau Singa Kechil, Langkawi.