SIBU: Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan, selepas kapal berkenaan karam di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari sini awal pagi Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada Balai Polis Sungai Merah pada jam 6.05 pagi.
Beliau berkata berdasarkan maklumat terbaharu, seorang daripada kru kapal berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dari kapal yang didaftarkan sebagai "Yu Lee" itu, dan hanyut sekitar 300 meter dari tempat kejadian sebelum dapat menaiki tebingan Sungai Kut, sebuah anak sungai di Batang Igan.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapat maklumat penduduk kampung di sana bahawa lelaki yang berjaya menyelamatkan diri itu dikenali sebagai Lee Sia Kong yang berumur dalam lingkungan 40-an," katanya dalam kenyataan terbaharu PGO semalam.
Terdahulu dalam kenyataan awal pusat itu, dua pekerja kapal berkenaan yang dilaporkan berjaya diselamatkan penduduk kampung dikenali sebagai Ngu Soon Hock dan Mohamad Taufik, berumur lingkungan 50-an, manakala identiti pekerja yang hilang masih belum dapat dipastikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022
Seorang daripada kru kapal berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dari kapal yang didaftarkan sebagai "Yu Lee" itu. - Foto JBPM Sarawak
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.
Tujuh remaja sesat di Bukit Maras ditemukan selamat
Kesemua mangsa berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditemui dan tiba di kaki bukit berkenaan pada 1 tengah hari.
Treler terbabas, terbakar berhampiran Plaza Tol Duta
Pemandu treler mengalami kecederaan di tangan dan kepala, dan diberikan rawatan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital.
Wanita maut selepas treler rempuh rumah
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan dilakukan sebelum pihaknya menemukan mangsa di bahagian bawah hadapan treler itu.
Rumah, kedai di Padang Jawa musnah dijilat api
Tiada mangsa dan individu tercedera dalam kejadian kebakaran ini.
Hostel terbakar: Wanita alami sesak nafas, 13 lagi terselamat
Seorang wanita mengalami sesak nafas manakala 13 individu lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan sebuah hostel di bangunan premis perniagaan di Bandar Puchong Jaya, Selangor.
Pelajar Tingkatan 2 lemas ketika mandi sungai bersama rakan
Kegembiran remaja mandi-manda dengan rakan-rakannya pada Jumaat di sebuah sungai berhampiran Jalan Meranti 2, Kampung Pulau Meranti, Puchong berakhir tragedi.
Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR
Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.