KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar, di Manir dekat sini petang tadi.
Mangsa, Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobrey yang tinggal di kampung berdekatan dikatakan sedang bermain di atas jambatan tersebut bersama abangnya Muhammad Syakir Wafiuuddin, 8, sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Mazimi Mohamad yang ditemui di lokasi kejadian berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada keluarga mangsa pada 4.28 petang yang memaklumkan seorang kanak-kanak hilang selepas tergelincir jatuh dari jambatan.
Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) digegaskan ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat (SAR).
Beliau berkata SAR digerakkan selama hampir dua jam dengan empat kali selaman sebelum waktu maghrib dengan dibantu agensi lain serta penduduk kampung.
"Setakat ini tiada petanda positif berkaitan penemuan mangsa. Kita akan sambung pencarian malam ini hingga esok. Selain paras air yang dalam akibat dilimpahi air hujan, arus deras juga menjadikan aktiviti pencarian semakin sukar.
"Keadaan di dasar yang berumput dan dipenuhi akar pokok juga menyukarkan pencarian. Ada kemungkinan mangsa tersangkut di akar-akar pokok," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa Mohd Sobrey Ramli, 32, berkata beliau bersama tiga anak termasuk Muhammad Sufi Eijas datang ke kawasan tali air tersebut dengan motosikal kira-kira 4 petang untuk bersiar-siar sebelum menghantar mereka ke kelas mengaji di kawasan berdekatan.
Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Sufi Eijas dan Muhammad Syakir Wafiuudin meluru turun daripada motosikal menuju ke tali air kerana teruja melihat ramai kanak-kanak sedang mandi-manda.
"Belum sempat saya turun dari motosikal, anak sulung datang beritahu Eijas (mangsa) hilang. Saya terkejut dan terus meluru ke tali air dan terjun untuk mencari Eijas," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Politeknik Kuala Terengganu.
Menurut Mohd Sobrey usahanya hanya sia-sia kerana arus di bawah air sangat deras dan dalam, justeru beliau terpaksa menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat.
"Saya tidak sangka akan hilang anak dalam sekelip mata. Tak dapat nak gambarkan betapa sedih perasaan ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar, di Manir petang tadi. - Foto Sinar Harian
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak dari Gaza ke Eropah untuk rawatan kecemasan
Langkah ini diambil berikutan keadaan kesihatan yang semakin meruncing di wilayah Palestin yang dilanda perang.
Warganegara: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus sokongan dua pertiga
RUU tersebut yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mac lalu, diluluskan dengan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.
Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF
Keadaan di tempat perlindungan sangat sesak dan tidak mencukupi, dengan banyak kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menyebabkan kesan besar kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Fasa kedua vaksinasi polio di Gaza bermula Isnin ini
Vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun selama tiga hari, dengan kemungkinan dilanjutkan untuk tambahan satu hari lagi.
GISB: Ibu bapa perlu kemukakan dokumen sah pertalian dengan anak - Nancy
JKM bersedia menyerahkan kanak-kanak dikaitkan dengan GISB kepada ibu bapa masing-masing sekiranya penjaga mengemukakan dokumen pengesahan.
Roblox didakwa tipu jumlah sebenar peserta, abai keselamatan pemain bawah umur
Roblox turut didakwa boleh mengesan pemilik dengan lebih daripada satu akaun tetapi enggan membezakannya dengan jumlah sebenar pemain.
Reman tiga individu berkait GISB termasuk pegawai kewangan dilanjut
Mahkamah Majistret membenarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap tiga individu termasuk seorang pegawai kewangan GISB.
[KOLUMNIS] Kembalikan kegemilangan permainan rakyat di rumah
Permainan rakyat dilihat mampu melahirkan anak-anak yang positif dari segi perkembangan emosi, rohani, dan intelek.