GEORGE TOWN:Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dalam kejadian di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam, di sini hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.30 tengah hari.
"Pihak kami dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Bezza dalam keadaan enjin dihidupkan selama hampir setengah jam di kawasan letak kenderaan perumahan itu.
"Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian dengan membawa peralatan khas," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, selepas tiba di lokasi, mereka berbincang tentang langkah yang akan diambil dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang kemudian teringat mengenai kunci pendua di rumah mereka.
Malangnya, kunci rumah juga berada di dalam kereta menyebabkan mereka memutuskan untuk memecahkan kunci pintu rumah bagi mengambil kunci pendua kereta tersebut, katanya.
"Namun, kami tidak sempat memecahkan kunci pintu rumah kerana si bapa berjaya membimbing anaknya menekan butang menurunkan cermin tingkap kereta," katanya.
Menurutnya kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik sekalipun terperangkap dalam keadaan panas kerana pendingin hawa kereta tidak dihidupkan.
Mohamad Noor Zahidi berkata, pihaknya difahamkan kejadian itu berlaku ketika keluarga berkenaan mahu keluar untuk membeli-belah barang keperluan.
Ibu bapa kanak-kanak itu meletakkan anak mereka di dalam kereta dengan enjin dihidupkan dan pintu ditutup sebelum mengemas barang di dalam but kereta tersebut, namun si anak dipercayai tertekan butang kunci pintu menyebabkan dia terperangkap, katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Kanak-kanak itu terperangkap dalam keadaan panas kerana pendingin hawa kereta tidak dihidupkan. -Gambar hiasan

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kanak-kanak setahun terkunci dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan selama hampir setengah jam.