ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Felda Gunong Bongsu sebelum dihanyutkan ke dalam Sungai Dingin dekat Kulim, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Naera Dellisha Muhammad Nazri, sedang bermain bersama-sama beberapa kanak-kanak lain sebelum terjatuh ke dalam longkang berkenaan.
“Abang mangsa, Muhammad Thaqif yang berumur lapan tahun telah pulang ke rumah dan memaklumkan mengenai kejadian kepada bapanya, Muhammad Nazri Abu Saman, 36, bahawa adiknya telah jatuh ke dalam longkang ketika bermain semasa hujan lebat.
“Bapa mangsa serta beberapa ahli keluarga yang lain telah keluar mencari mangsa.
"Mangsa yang jatuh ke dalam longkang telah dibawa arus deras ke longkang besar sebelum dihanyutkan terus ke dalam Sungai Dingin,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Azhar berkata mayat mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada pukul 8 malam kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan tergelincir sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.24 malam sebelum tiba pada pukul 7.57 malam.
“Operasi disertai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi- Tech dengan sebuah jentera serta sebuah kenderaan utiliti. Anggota telah melakukan pencarian di permukaan air sungai dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Felda Gunong Bongsu sebelum dihanyutkan ke dalam Sungai Dingin dekat Kulim, malam tadi. -Gambar hiasan
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.
Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Kira-kira jam 11.24 pagi Rabu, Balai Polis Pangkor menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas
Mayat Azri Fahmi dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 7.45 pagi tadi.
Kanak-kanak 10 tahun lemas di kolam hotel
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di daerah Kemaman, petang semalam.
Kanak-kanak 7 tahun ditemukan lemas di tali air
Mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air dan disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pegawai perubatan.
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.