Cuti persekolahan yang dimanfaatkan seorang kanak-kanak untuk membantu keluarga di kebun sawit berakhir dengan tragedi apabila maut dalam insiden di Sungai Tiang Darat, di sini.
Dalam kejadian sekitar 2 petang Rabu itu, mangsa, Mohd Riduan Hakim Abd Rashid,12 tahun, maut apabila sabit yang digunakan untuk mengait buah kelapa sawit melantun dan mengenai dada murid SK Sungai Tiang Darat itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan insiden menyayat hati berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 3.45 petang berkenaan kematian mangsa.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi, dan ketika datuknya mengait sawit, tiba-tiba buah sawit telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait.
“Senjata itu kemudian melantun mengenai dada mangsa di sebelah kiri dan setelah mangsa di bawa ke klinik berdekatan, mangsa disahkan meninggal dunia.
“Datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku secara tidak sengaja,” tegasnya ketika dihubungi Astro Awani pada lewat malam Rabu.
Mohd Marzukhi berkata mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi tujuan bedah siasat.
“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Jan 31 2018
![Kanak-kanak maut tertusuk sabit pengait sawit Kanak-kanak maut tertusuk sabit pengait sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81509791682_Bodies.jpg)
Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia sebelum mayat itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
[TERKINI] SPRM tumpas sindiket `pasport terbang' di Sabah
SPRM menumpaskan sindiket 'pasport terbang' susulan penahanan tiga anggota penguatkuasa menerusi Op Fly di Kota Kinabalu.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721021411_MinyakSawitMalays.jpg)
Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.
![Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.
![Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan
Terengganu mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM 38.2 bilion pada tahun lepas.
![Gua Musang miliki kilang proses kelapa sawit berkapasiti tertinggi di Kelantan Gua Musang miliki kilang proses kelapa sawit berkapasiti tertinggi di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706071558_TBladangsawit.jpg)
Gua Musang miliki kilang proses kelapa sawit berkapasiti tertinggi di Kelantan
Jumlah pemprosesan harian telah meningkat daripada 900 metrik tan kepada 1,800 metrik tan.
![Lebih banyak loji biogas berpusat perlu diwujudkan - Chan Lebih banyak loji biogas berpusat perlu diwujudkan - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880658_tbChanFoongHin.jpg)
Lebih banyak loji biogas berpusat perlu diwujudkan - Chan
Kementerian Perladangan dan Komoditi berharap lebih banyak loji biogas berpusat dapat diwujudkan oleh pemain industri dalam usaha memaksimumkan penggunaan sisa kelapa sawit.
![UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715159002_UPNMjpg.jpg)
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
![Model kluster pekebun kecil mampu tingkatkan pengeluaran hasil sawit - Johari Model kluster pekebun kecil mampu tingkatkan pengeluaran hasil sawit - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711014170_TBJOHARIGHANIjpg.jpg)
Model kluster pekebun kecil mampu tingkatkan pengeluaran hasil sawit - Johari
Johari berkata kementerian juga memberi penekanan terhadap kepentingan program penanaman semula setiap kali pokok menjangkau usia 25 tahun seperti yang diamalkan sektor swasta.
![Wanita warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang Wanita warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711497494_PokokSawitTumbang.jpg)
Wanita warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang
Wanita itu yang memandu kereta jenis Honda Jazz berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.
![Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin? Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710408411_MinyakSawitMalays.jpg)
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.