JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan terdapat kesan penderaan pada tubuh badan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang maut di sebuah rumah di Jalan Ria 2 Taman Skudai, di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata terdapat kesan lebam di keseluruhan tubuh badan mangsa menerusi laporan awal bedah siasat yang diterima.
"Laporan penuh bedah siasat makmal forensik belum diperolehi, bagaimanapun memang terdapat kesan akibat penderaan dilakukan terhadap mangsa.
"Kesan penderaan itu di keseluruhan badan dari atas sampai ke bawah seperti lebam-lebam dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil laporan bedah siasat kanak-kanak itu.
Kamarul Zaman berkata dua anak kepada jurujual kenderaan berusia 28 tahun itu juga didapati berada di tempat kejadian ketika penderaan itu berlaku.
Beliau berkata dua kanak-kanak berusia tujuh dan lima tahun itu juga telah dipanggil ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) dan kedua-duanya mengakui melihat penderaan itu dilakukan bapa mereka terhadap mangsa.
"Kita telah bawa ke CIC dan positif kes ini ada unsur-unsur penderaan..dua kanak-kanak itu juga beritahu ada nampak bapa (suspek) dia lakukan penderaan kepada mangsa," katanya.
Sementara itu Kamarul Zaman berkata pihaknya juga akan menyiasat dakwaan ahli keluarga mangsa bahawa adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun turut didera dan menjelaskan akan memanggil ibu bapa mangsa untuk diambil keterangan.
"Kita akan ambil tindakan dan akan bawa kanak-kanak itu ke CIC untuk dapatkan maklumat," katanya.
Semalam, Kamarul Zaman dilapor berkata lelaki terbabit yang merupakan rakan kepada bapa mangsa dan pembantu rumah berusia 40 tahun ditahan selepas disyaki mendera kanak-kanak itu sehingga maut pada dua hari lepas.
Beliau berkata bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki itu untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.
Terdahulu, jawatan Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu kini diambil alih Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), M. Kumar dengan memangku pangkat DCP.
Datuk Khaw Kok Chin yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor semenjak 6 Mei 2020, kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata terdapat kesan lebam di keseluruhan tubuh badan mangsa menerusi laporan awal bedah siasat yang diterima. - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.

Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Guru agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak lelaki warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan.

Bapa kandung, ibu tiri ditahan, disyaki dera kanak-kanak 6 tahun
Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpong, Bagan Serai.

Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.

Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Bapa bintang EPL Son Heung Min didakwa dera kanak-kanak
Son Woong Jung didakwa atas pertuduhan mendera pemain muda di pusat latihan bola sepak miliknya.

Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.

Polis tahan pengasuh disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita pada Khamis selepas disyaki terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, di Jalan Ampang Indah.

Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris.