Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Flat Paya Nahu dekat sini yang menjadi mangsa dera, akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula hari ini sehingga 25 Jan depan.
Perintah hak penjagaan sementara itu dikeluarkan Majistret Mohd Izham Ali di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001.
Mangsa yang sebelum ini menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini sejak 24 Nov lalu, dibenarkan keluar hospital kira-kira pukul 9 pagi ini dan tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.50 pagi dengan diringi pegawai JKM.
Kira-kira pukul 10.15 pagi, nenek mangsa berserta anggota keluarga terdekat turut tiba di mahkamah sebelum prosiding dilakukan di dalam kamar pada pukul 10.40 pagi dan berakhir kira-kira 10 minit kemudian.
Sementara itu, Pengarah JKM Kedah Md Noor Chik berkata kanak-kanak prempuan itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Jitra, untuk pemantauan dan pemerhatian lanjut.
"JKM mempunyai prosedur yang perlu diikuti, yang mana kita akan memantau semua aspek termasuklah keselamatan, kesihatan emosi dan fizikal mangsa dari semasa ke semasa.
"Buat masa ini, mangsa akan ditempatkan di bawah jagaan JKM sehingga dia betul-betul sihat dan sekiranya ada waris mangsa yang menuntut hak penjagaan selepas tempoh diberi kepada JKM tamat, kita akan rujuk kepada mahkamah semula," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Mohd Noor berkata nenek mangsa sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk menjaga cucunya itu, bagaimanapun JKM perlu meneliti beberapa aspek sebelum memutuskannya.
"Kita akan melihat kesediaan dan kemampuan nenek mangsa untuk menjaga mangsa. Jika ada permohonan daripada nenek mangsa, kita akan dapatkan perintah baharu daripada mahkamah," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi, 24 Nov lalu, polis menjumpai mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibungkus dengan toto dan diletakkan di dalam tong ikan.
Kakaknya yang berusia empat tahun dikejarkan ke HSAH akibat cedera parah dipercayai akibat didera. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2016

Perintah hak penjagaan sementara itu dikeluarkan Majistret Mohd Izham Ali di Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kanak-kanak mangsa dera ditempatkan sementara di bawah JKM
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari Flat Paya Nahu dekat sini yang menjadi mangsa dera, akan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula hari ini sehingga 25 Jan.