JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus di Lorong Cempaka Batu 18 1/2 Kampung Sungai Tiram, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata, mangsa berusia lima tahun itu dijumpai tersangkut di pangkal pokok sawit di sungai berhampiran pada 10.30 malam oleh unit Pasukan Penyelamat di Air, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
"Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di atas jalan berhampiran tepi parit yang terletak di kawasan rumah sebelum terjatuh ke dalam parit itu.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dijumpai di pokok sawit tersebut dan mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.07 malam sebelum 14 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, operasi ditamatkan pada 12.16 tengah malam. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus di Lorong Cempaka Batu 18 1/2 Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, malam tadi. - Gambar Bernama
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dalam parit
Mangsa berusia lima tahun itu dijumpai tersangkut di pangkal pokok sawit dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Lapan terbunuh selepas terjatuh dalam parit ketika perhimpunan politik di India
Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.
Lelaki mati lemas jatuh dalam parit ketika tangkap ikan
Jasad mangsa ditemui jam 7.07 pagi dalam keadaan terapung pada jarak 17 meter dari lokasi mangsa terjatuh.
Mayat OKU jatuh basikal dalam tali air ditemui
Hasil siasatan mendapati, mangsa adalah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air itu.
Budak perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam parit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Kampung Parit Bugis, Panchor, dekat Pagoh, semalam.