NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala ramai lagi cedera selepas mereka terjatuh ke dalam longkang akibat "rempuhan" semasa jelajah politik di Andhra Pradesh pada Rabu.
Bekas Ketua Menteri dan ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.
Terdapat beberapa insiden pergaduhan hingga membawa kepada situasi seperti rempuhan, menurut laporan media tempatan.
Parti Telugu Desam (TDP) Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga si mati.
"Kematian penyokong TDP adalah satu kehilangan besar kepada parti. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka.
"Mangsa yang cedera akan menerima rawatan yang lebih baik," kata Nara Lokesh, setiausaha agung TDP menerusi ciapan di Twitter.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Parti Telugu Desam Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga si mati. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

15 maut rempuhan di stesen kereta api India
Siasatan telah diarahkan bagi mengenal pasti punca kejadian rempuhan tersebut.

Negara Arab kecam insiden rempuhan di New Orleans
Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan dan mencederakan puluhan orang di New Orleans.

Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.

Nigeria: Sekurang-kurangnya 10 maut dalam insiden rempuhan di gereja
Pengagihan barangan bantuan menjelang sambutan Krismas bertukar menjadi huru-hara pada pagi Sabtu di Gereja Katolik Holy Trinity di Maitama.

Pemandu rempuh pasar Krismas di Jerman, dua maut
Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera.

Bekas Ketua Polis Yongsan dihukum penjara 3 tahun berkaitan insiden rempuhan orang ramai di Itaewon
Lee Im-jae didakwa atas tuduhan kecuaian profesional yang mengakibatkan 159 orang tebunuh pada hujung minggu Halloween di kawasan hiburan malam Itaewon pada 29 Okt 2022.

Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.

Rempuhan di Festival Krathin di Thailand ragut 9 nyawa, puluhan lagi cedera
Dalam insiden yang berlaku pada 10.15 malam (waktu tempatan) itu, kira-kira 15 buah motosikal turut rosak akibat dirempuh pikap berkenaan.

Rempuhan Astroworld: Travis Scott bebas dakwaan jenayah
Namun, penyanyi berkenaan masih menghadapi beberapa saman sivil akibat persembahan di Houstan itu.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.