Hasrat seorang kanak-kanak lelaki menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga pada 4 Nov ini, tidak kesampaian apabila dijumpai mati lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembetung tandas di rumah datuknya, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata mangsa Muhammad Indra Hakimi Jalaludin disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Waha, di sini.
Menurutnya, kejadian 4 petang itu disedari ibu bapanya selepas mendapati anaknya tiada dalam rumah.
Mereka kemudian keluar ke belakang rumah untuk mencari dan mendapati lubang pembetung tandas terbuka.
"Apabila meraba dalam lubang itu, mereka mendapati anaknya di situ," kata Rahmat dalam kenyataan di sini hari ini.
Rahmat berkata hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa di Hospital Kota Tinggi (HKT) kemudian mengesahkan kanak-kanak itu mati lemas dan tidak melibatkan unsur jenayah.
Sementara itu, menurut datuknya, Saparon Sibun, 65, dia sempat bermain dengan cucunya sebelum kejadian itu namun dia terpaksa meninggalkan mangsa bersendirian ketika menerima pelanggan yang mahu menggunting rambut di rumahnya.
Saparon berkata dia hanya sedar kehilangan cucunya apabila tidak melihat kelibatnya dalam rumah dan kemudian mengajak anggota keluarga mencari.
"Kami mencari di seluruh isi rumah namun tidak menemui Kimi (mangsa), lepas itu baru saya teringatkan tempat lubang najis dan segera ke sana dan mendapati benar dia berada di dalamnya.
"Bagaimanapun, Kimi tidak sedarkan diri dan wajahnya pucat dan kami membawanya ke klinik desa sebelum disahkan meninggal dunia," kata Saparon yang ditemui di Unit Forensik Kesihatan HKT, di sini.
Saparon berkata Kimi merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang aktif dan petah bercakap.
Bernama
Thu Oct 29 2015
Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa kemudian mengesahkan kanak-kanak itu mati lemas dan tidak melibatkan unsur jenayah. -Gambar hiasan
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Kanak-kanak lelaki dijumpai mati lemas dalam lubang pembetung tandas
Hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa di Hospital Kota Tinggi (HKT) kemudian mengesahkan kanak-kanak itu mati lemas dan tidak melibatkan unsur jenayah.