Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi di pantai Tanjung Sepang, Sungai Rengit di sini dua hari lepas, ditemui mati lemas hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata mayat Heng Tock Peng, 12, ditemui pada pukul 2.35 petang tadi, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
"Mayat Heng yang hanya berseluar ditemui terapung oleh pasukan penyelamat dan kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut," katanya.
Mohd Fadli berkata operasi mencari dan menyelamat hari ini membabitkan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi kejadian yang melibatkan kawasan pesisiran pantai.
Katanya pencarian di laut tidak dapat dilakukan ekoran keadaan laut bergelora, angin kencang serta ombak setinggi tiga meter.
Ekoran penemuan mayat Heng, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan selama 24 jam sejak dua hari lepas kini ditamatkan, kata Mohd Fadli.
Dalam kejadian Sabtu lepas itu, Heng dari Perumahan Transit, Taman Bayu Damai, Sungai Rengit dilaporkan hilang selepas dipercayai terjerlus ke bahagian dalam pantai terbabit ketika sedang mandi-manda bersama dua lagi rakannya.
Murid tahun enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sungai Rengit bersama rakan-rakanya itu dikatakan berkunjung ke pantai tersebut pada 5 petang sebelum kejadian berlaku kira-kira setengah jam kemudian.
Bernama
Mon Feb 01 2016
Heng dari Perumahan Transit, Taman Bayu Damai, Sungai Rengit dilaporkan hilang selepas dipercayai terjerlus ke bahagian dalam pantai terbabit ketika sedang mandi-manda bersama dua lagi rakannya. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Kanak-kanak hilang di pantai Tanjung Sepang ditemui lemas
Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi di pantai Tanjung Sepang, Sungai Rengit di sini dua hari lepas, ditemui mati lemas hari ini.