Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas digilis tayar kereta ibunya yang mengundur di Kampung Paya, Teluk Kumbar di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata kejadian itu berlaku ketika mangsa berada dalam kereta berkenaan bersama kakaknya berusia enam tahun dengan enjin kenderaan itu tidak dimatikan.
"Ketika itu, ibu mereka tiada dalam kereta dan dipercayai masuk ke dalam rumah mereka untuk mengambil barang, dan mangsa menolak gear pada kedudukan mengundur membuatkan kereta terbabit bergerak.
"Kanak-kanak itu yang panik membuka pintu dan terjun keluar daripada kereta sebelum dia digilis tayar kenderaan berkenaan," katanya, di sini, hari ini.
Lai berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah terus dibawa ke HBP oleh ibunya sebelum disahkan meninggal dunia.
"Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan polis belum dapat mengambil keterangan daripada ibu mangsa kerana wanita itu masih dalam keadaan trauma," katanya.
Sementara itu, Lai berkata seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori Pos Laju di Jalan Bayan Lepas-Teluk Kumbar, di sini malam tadi.
Katanya dalam kemalangan kira-kira 8 malam itu, Daud Maidin D. Abdul Gaffor, 58, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke HBP.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Bayan Lepas menghala Teluk Kumbar dan ketika melalui satu selekoh, penunggang berkenaan cuba memotong deretan kenderaan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan," katanya.
Bernama
Wed Jun 22 2016

Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan HBP selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. -Foto cytusm.blogspot.my

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kanak-kanak empat tahun maut digilis kereta ibu
Chu Jie Lie meninggal dunia sebaik tiba di unit kecemasan Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.