ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menempatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera ibu angkatnya, di pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kanak-kanak itu yang kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital akan ditempatkan di pusat jagaan itu sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.
"Pihak JKM telah hadir ke hospital bersama pelindung kanak-kanak untuk meneruskan siasatan selain memastikan dia dijaga dengan lebih baik.
"Apa yang penting sekarang ialah kita mahu pastikan kanak-kanak itu terus berada dalam keadaan yang sihat apabila dibenarkan keluar dari hospital nanti," katanya ketika diminta mengulas mengenai kes penderaan membabitkan kanak-kanak itu, di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular video berdurasi 27 saat memaparkan seorang wanita yang dipercayai ibu angkat kepada kanak-kanak berusia empat tahun tersebut telah memukul anak angkatnya itu menggunakan kayu penyapu hanya kerana mangsa enggan makan nasi.
BACA: Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak perempuan
Sementara itu, Rina berkata pihaknya turut berterima kasih kepada individu yang melaporkan kejadian berkenaan dan berharap masyarakat umum sentiasa prihatin serta cakna dengan kes penderaan yang mungkin berlaku di sekeliling mereka.
"Sekiranya ada yang mengetahui kes penderaan, perkara pertama yang mereka boleh lakukan ialah buat laporan polis atau menghubungi Talian Kasih menerusi talian bebas tol 15999. Mereka juga boleh terus pergi ke mana-mana Pejabat JKM yang terdekat untuk melaporkan kejadian itu," katanya.
Terdahulu, Rina merasmikan Program Jerayawara dan Karnival Bangkit Wanita KPWKM Zon Utara di pusat beli-belah Aman Central yang berlangsung tiga hari bermula semalam, bertujuan memberi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan menerusi keusahawanan kepada golongan wanita.
"Hampir 5,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan ditawarkan dalam program ini. Kementerian ingin membantu golongan wanita meningkatkan taraf ekonomi keluarga kerana ramai yang terkesan dalam tempoh dua tahun sebelum ini akibat pandemik COVID-19.
"Sehingga Julai ini, program Bangkit Wanita telah membantu lebih 40,000 wanita di seluruh negara dan diharap ia dapat membantu lebih ramai lagi wanita untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, selain memberi semangat untuk mereka terus bangkit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Tular video bmemaparkan seorang wanita telah memukul seorang kanak-kanak menggunakan kayu penyapu hanya kerana mangsa enggan makan nasi. - Foto ihsan pembaca
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kanak-kanak empat tahun didera ibu angkat ditempatkan di pusat jagaan JKM - Rina
Kanak-kanak itu yang kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital akan ditempatkan di pusat jagaan itu sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.
Ibu kandung, kekasih didakwa bunuh anak berusia 4 tahun
Tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bomba selamatkan kanak-kanak 4 tahun terkunci dalam kereta
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terperangkap dalam kereta bapanya selama 45 minit sebelum diselamatkan oleh bomba.