Ngeri dan menakutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki parah selepas bahu tertusuk sebatang kayu dalam satu kejadian di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, di sini, petang Jumaat.
Mangsa, Anuar Sali, 8 tahun dikejarkan ke Hospital Semporna sebelum dipindahkan ke Hospital Tawau (HT) untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas kayu itu didapati menembusi bahu kirinya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang dan bergegas ke HT bagi membantu memotong kayu berkenaan.
"Mangsa dilaporkan cedera parah apabila kayu berkenaan tertusuk ke bahu kiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pihak bomba kemudian memotong kayu itu dengan peralatan khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan ke hospital berkenaan.
Radhi Muslim
Fri Jan 18 2019
![Kanak-kanak derita kesakitan tertusuk kayu di bahu Kanak-kanak derita kesakitan tertusuk kayu di bahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547822564_tertusuk.jpg)
Pihak bomba memotong kayu itu dengan peralatan khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan ke Hospital Tawau.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Kanak-kanak derita kesakitan tertusuk kayu di bahu Kanak-kanak derita kesakitan tertusuk kayu di bahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547822564_tertusuk.jpg)
Kanak-kanak derita kesakitan tertusuk kayu di bahu
Seorang kanak-kanak lelaki parah selepas bahu tertusuk sebatang kayu dalam satu kejadian di Kampung Terusan Tengah, Pulau Bum Bum, di sini, petang Jumaat.