Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan detik cemas apabila separuh badannya tersangkut pada jeriji rumahnya selama 40 minit.

Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 26, Shah Alam 11 pagi tadi, mangsa dipercayai cuba keluar dari rumahnya di tingkat 14 pangsapuri berkenaan.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.12 pagi.

"Sebaik tiba, kanak-kanak itu sedang menangis kesakitan akibat tersepit dan kami berusaha mengeluarkannya dengan memotong besi jerisi itu mengunakan pemotong hidraulik.

"Bagaimanapun, tiada kecederaan serius berlaku kepada mangsa," katanya.

Katanya sebaik dilepaskan, kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada ibunya yang bekerja di kawasan berhamnpiran.