Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun dipanggil untuk siasatan semalam selepas disyaki terlibat dalam serangan seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai baja di sini.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.10 malam semalam, apabila ibu mangsa, seorang pekerja ladang berusia 32 tahun keluar mencari anak perempuannya.
"Kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika bermain dengan dua kanak-kanak lelaki di sebuah kedai baja di ladang Kampung Palas, di sini.
"Apabila si ibu memasuki kedai tersebut, dia terkejut apabila mendapati anak perempuannya sedang terbaring tanpa sebahagian pakaian di atas tilam dan ditindih salah seorang kanak-kanak lelaki itu.
Kata Dev, terkejut dengan keadaan tersebut, ibu mangsa bertindak mengheret keluar anak perempuannya sebelum mengesan tompokan merah pada bahagian alat sulitnya.
"Khuatir dan curiga anak perempuannya mengalami penderaan seksual, ibu mangsa bergegas ke Balai Polis Limbang untuk membuat laporan polis.
"Kanak-kanak malang tersebut telah dibawa ke Hospital Miri petang tadi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, manakala kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya lagi.
Kes disiasat sebagai jenayah rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Rudi Affendi Khalik
Mon Sep 11 2017

Ibu mangsa bertindak mengheret keluar anak perempuannya sebelum mengesan tompokan merah pada bahagian alat sulitnya. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

RM2.1 juta kerosakan 10 balai polis, 17 pos PGA
Jumlah itu membabitkan kerugian dialami akibat balai dan pondok polis terjejas banjir dan kenderaan.

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang di Muar
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Kampung Semaseh, Panchor.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, semalam.

Banjir: 27 pos PGA, 10 balai polis di Kelantan terjejas
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua anggota PGA kini terpaksa menumpang di beberapa pusat pemindahan sementara di Lubok Setol.

PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
PDRM akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara bermula Disember 2024.

GISB: Polis terima 10 lagi laporan dipercayai mangsa eksploitasi buruh paksa - KPN
Mangsa-mangsa yang terlibat berumur lingkungan antara 14 dan 20-an pada tarikh kejadian

Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.

Penjaja diugut sebar video tidak senonoh selepas kenal wanita di media sosial
Seorang penjaja nyaris kerugian RM6,000 selepas diugut seorang wanita yang mahu menyebarkan video tidak senonohnya setelah berkenalan di media sosial pada 25 Julai lepas.

Remaja lelaki 14 tahun dilaporkan hilang di Muar
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Jalan Kerayong Rumah Rakyat 1, Pagoh di sini semalam.

Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 27 Jun
Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di daerah ini sejak 18 hari lepas.