MUAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Jalan Kerayong Rumah Rakyat 1, Pagoh di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata remaja berkenaan Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy, ketika dilaporkan hilang berpakaian seragam sekolah menengah iaitu kemeja putih dan berseluar hijau lumut.
"Laporan kehilangan remaja itu dibuat ahli keluarganya hari ini. Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan remaja berkenaan.
"Remaja berkenaan dianggarkan berketinggian 160 sentimeter dan berat 50 kilogram, selain mempunyai bentuk badan yang kurus, rambut lurus serta berkulit sawo matang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Seventy menerusi talian 011-16251909 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muar 06-9564800.
Difahamkan remaja itu tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan semalam, setelah tamat sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh yang jaraknya hanya 200 meter dari kediamannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Raiz Mukhliz berkata remaja berkenaan Muhammad Effzaldanish, ketika dilaporkan hilang berpakaian seragam sekolah menengah iaitu kemeja putih dan berseluar hijau lumut. - Gambar Sinar Harian
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
Remaja lelaki 14 tahun dilaporkan hilang di Muar
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Jalan Kerayong Rumah Rakyat 1, Pagoh di sini semalam.