Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai maut selepas basikal yang ditunggangi dirempuh dua motosikal.
Ia berlaku di kilometer satu, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), kira-kira jam 8 malam Jumaat.
Mangsa, Muhammad Adib Ashraf, 10, dari Taman Seri Pauh menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kemaman.
Anak sulung tiga beradik itu dikatakan sedang berbasikal melintas jalan untuk pulang ke rumah selepas meminjam buku teks kawan sekelasnya di Kampung Gong Limau.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila dua motosikal masing-masing jenis Honda EX5 yang ditunggangi remaja lelaki berusia 16 tahun dan motosikal Yamaha 125-Z yang ditunggangi pemuda berumur 25 tahun gagal menggelak lalu melanggar mangsa yang sedang menyeberangi jalan.
Mangsa kemudiannya tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.
Manakala dua penunggang motosikal cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.
Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jenazah mangsa dituntut keluarga kira kira jam 12.10 tengah malam semalam untuk dikebumikan.
Sharom Abu Bakar
Fri Jan 19 2018
Seorang murid tahun empat maut dirempuh dua motosikal berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), dalam kejadian pada Jumaat. Foto Astro AWANI
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Polis kejar suspek, macam dalam filem pula!
Sebelum diberkas pihak polis terpaksa mengejar mereka sejauh lapan kilometer di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.
Kanak-kanak 10 tahun maut dirempuh dua motosikal
Murid tahun empat itu dikatakan sedang berbasikal melintas jalan untuk pulang ke rumah selepas meminjam buku teks kawan sekelasnya di Kampung Gong Limau.
Mayat kedua bot karam di Kemaman ditemui
Mayat kedua mangsa bot terbalik yang dihanyutkan arus deras Rabu lalu ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan bantuan pihak polis tengah hari tadi di Kampung Geliga Che Akob di sini.
Polis gagalkan cubaan larikan kanak-kanak
Tindakan pantas polis telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada diculik.