KUALA LUMPUR: Kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar akan mula menawarkan empat program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara persisir (offshore) akhir tahun ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kampus cawangan itu adalah projek kerjasama antara UKM dan The Regional Group of Qatar iaitu sebuah syarikat yang menguruskan bidang pembangunan hartanah, pengurusan aset, pertanian dan pelaburan Islam.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan lawatan kerja Khaled bersama delegasinya dari KPT dan Education Malaysia Global Services (EMGS) ke Doha, Qatar pada 15 dan 16 Mei lepas.
Katanya ketika lawatan itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Qatar Foundation (QF) yang diwakili Presiden Pendidikan Tinggi QF Fracisco J. Marmolejo dan Ketua Pegawai Eksekutif Education Above All Foundation Fahad Hamad Hasan Al Sulaiti serta Ketua Pegawai Eksekutif Thani Bin Abdullah Foundation for Humanity Dr. Ayedh Dabsan Al-Qahtani.
Katanya antara perkara dibincangkan dalam pertemuan itu ialah penajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian dan pelajar-pelajar dari negara-negara yang berhadapan dengan konflik serta usaha sama dalam menjawab prejudis dan stigma Islamofobia.
"Selain itu, turut berbincang meneroka peluang mengadakan kerjasama dalam pemantapan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di kedua-dua negara, mengadakan perkongsian pengalaman daripada Malaysia kepada negara Qatar bagi membantu membangun dan mengembangkan instrumen waqaf dalam sektor pendidikan tinggi," katanya.
Menurut Khaled dalam pertemuan beliau dengan Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar Buthaina Ali Al-Nuaimi pula mereka berbincang berkenaan usaha sama penyelidikan, penawaran program luar pesisir dan penyaluran dana Qatar Fund for Development bagi tujuan pendidikan.
Dalam lawatan kerja itu satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Aljazeera Media Institute dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut dimeterai, antara lain bagi memberi peluang mahasiswa jurusan komunikasi UIAM mendapat latihan lapangan dan kursus di Aljazeera.
Sementara itu menerusi Facebook rasminya Mohamed Khaled berkata delegasi KPT turut berjaya memeterai beberapa MoU semasa Forum Kazan (Rusia - Dunia Islam) 2023 antaranya melibatkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan National Research University Higher School of Economics (HSE Rusia), UTM dengan St. Petersburg Electrotechnical University (LETI), dan UTM dengan Institute of Biomedical Chemistry, Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Mohamed Khaled berkata kampus cawangan itu adalah projek kerjasama antara UKM dan The Regional Group of Qatar. - Foto fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Kebebasan bersuara: Zambry minta universiti awam dikecualikan daripada Akta 605
Beberapa cubaan telah dilakukan sebelum ini namun masih belum berjaya meskipun terdapat 12 institusi dikecualikan dalam akta berkenaan.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

UKM, Taaveekun jalin kerjasama pembangunan R&D ke arah pertanian lestari
UKM menerusi syarikat pemula inovasinya Pertanian Bersih Sdn Bhd (PBSB) menjalinkan kerjasama dengan syarikat baja terkenal Taavekun.

UKM lancar perkhidmatan SIHAT @ UKM, tingkat kesihatan masyarakat
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.

UKM lonjak kedudukan ke-138 dalam QS World University Rankings
Kejayaan itu sekali gus meletakkan UKM kini di kedudukan kedua terbaik antara universiti awam dan universiti swasta di Malaysia.

Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak yakin untuk lulus dalam peperiksaan antara faktor peningkatan calon tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

4,286 pelajar baharu terpilih lanjut pengajian ke UKM
Sebanyak 4,286 pelajar baharu terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2023/2024 untuk semua program pengajian.

365 pelajar lepasan SPM ditawar program ASASIpintar UKM di PGPN
Seramai 365 pelajar lepasan SPM ditawarkan untuk mengikuti program pengajian prauniversiti ASASIpintar UKM di Pusat Genius@Pintar Negara (PGPN).

Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.