Dalam persaingan sengit dalam merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, MCA meletakkan pihaknya sebagai kura-kura yang perlahan-lahan merangkak ke hadapan.
Dalam masa yang sama, pihak lawan, iaitu Pakatan Rakyat disamakan dengan arnab yang sombong serta yakin akan menang.
Analogi ini telah dibuat oleh Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, pada Khamis yang turut menolak andaian oleh beberapa penganalisis politik bahawa satu tsunami Cina akan sekali lagi berlaku dan menyebabkan BN kehilangan kerusi di Kajang pilihan raya kecil yang bakal menjelang.
"Walaupun saya rasa ia merupakan satu pertandingan yang sengit namun kita menolak kemungkinan tsunami Cina akan berlaku” kata Chong kepada Astro AWANI.
Mengakui sokongan daripada pengundi Cina masih rendah, Chong bagaimanapun berkata setakat minggu lepas, mereka menerima maklumbalas yang positif.
Ini terutamanya sokongan yang diberikan kepada calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan calon pilihan.
"Hubungan dengan kaum Cina semakin baik terutamanya kepada Mei Fun. Tidak perlu melaung ucapan atau perhimpunan besar-besaran, rakyat hanya mahu berjabat tangan dengan beliau. Kita lihat ahli-ahli MCA dari setiap pelusuk datang memberi sokongan padu dan bersatu. Keadaan itu jarang kita lihat dalam MCA hari ini’ katanya.
Walaubagaimanapun, Chong mengakui bahawa perkara tersebut masih ‘belum cukup’.
Dalam temubual tersebut, Chong turut memberi bayangan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai akan membuat satu pengumuman besar yang bakal memberikan kebaikan kepada Kajang dan juga rakyat.
"Kami mendapati di sana (Kajang) tiada lagi UBAH. Malah penduduk tempatan mendakwa mereka tidak berada di ‘poket’ ( Ketua Pembangkang ) Anwar Ibrahim, " tegasnya.
Chong juga mendakwa bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa dia tidak akan datang ke Kajang untuk berkempen.
"Lim berkata Anwar tidak perlukan dia. Itu adalah satu kenyataan yang bersifat sombong kononnya orang Cina di sana sudah berikan kemenangan ke atas Pakatan. Bagi MCA, kami masih mengharapkan undi.
Sedikit demi sedikit ke hadapan bagaikan perlumbaan kura-kura dan arnab” terangnya lagi.
Sementara itu, bekas anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Datuk TC Choong berkata bahawa pendapat penganalisis politik bukanlah mewakili pendapat penduduk tempatan.
"Ini hanya pendapat, bukan kenyataan. Saya telah melihat tiada sentimen UBAH berlaku, kerana tiada apa yang perlu diubah” kata Choong.
Choong berkata sesiapa yang mahukan perubahan perlu pertimbangkan suara yang mampu mewakili suara orang Cina di Selangor.
"Adanya pembangkang itu bagus, namun tidak bermakna ia mampu merubah kerajaan” katanya mengakhiri temubual.
Astro Awani
Sat Mar 01 2014
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
Wan Azizah angkat sumpah ADUN 7 April
Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadikan jumlah ADUN wanita di Selangor meningkat kepada 15 orang.
PRK DUN Kajang: PKR kekalkan kemenangan, majoriti kurang
Peratusan keluar mengundi merosot 16 peratus berbanding Pilihan Raya Umum ke-13.
PRK Kajang: Kalah tak apa tapi majoriti PKR turun, kata calon BN
Mei Fun berkata BN memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi berbanding PRU13, iaitu daripada 18% kepada 25%.
PRK Kajang: Peratusan keluar mengundi menurun, tidak tepati jangkaan - SPR
Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata jumlah peratusan keluar itu tidak menepati sasaran yang dijangka oleh SPR iaitu sebanyak 80 peratus.
Warga Twitter seru pengundi Kajang buat pilihan terbaik
Penduduk Kajang akan menentukan pilihan parti masing-masing, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, hari ini.
Kekalkan Menteri Besar, tolak calon boneka - pemerhati politik
Pemerhati politik melihat PRK DUN Kajang bakal memberikan kesan besar kepada kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kami bagaikan kura-kura dan Pakatan pula arnab - MCA
Dalam persaingan sengit untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, MCA meletakkan pihaknya sebagai kura-kura yang perlahan-lahan merangkak ke hadapan.
Belum tentu Anwar akan jadi MB Selangor walau menang di Kajang
Ahli Parlimen Kota Belud, YB Dato' Abdul Rahman Dahlan mengingatkan bahawa politik Selangor tidak pernah sunyi dari kontroversi.