Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat.
Katanya, undang-undang pencegahan maksiat yang dilaksanakan di negara ini sudah menjangkau lebih 50 tahun.
Harussani berkata sebagai seorang menteri, beliau (Mujahid) perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan.
"Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat.
"Jadi kalau tak boleh tegah, biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah.
"Kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mujahid yang dipetik berkata tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.
Sebaliknya, tegas Mujahid, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
BACA: Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat
BACA: Kenyataan saya tak salah - Mujahid
Mengulas lanjut, Harussani berkata amalan mencegah maksiat sepatutnya dilaksanakan di mana-mana kawasan sekali pun.
"Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat di mana pun," katanya.
Justeru, katanya, adalah lebih baik jika Mujahid panggil 'orang agama' untuk mengadakan perbincangan sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.
"Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah," katanya.
Sinar Harian
Sat Oct 06 2018
![Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453533646_Harussani.jpg)
HARUSSANI: Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat di mana pun. -Gambar fail
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![Pelajar IPT beri alasan mahu berehat ketika ditangkap khalwat Pelajar IPT beri alasan mahu berehat ketika ditangkap khalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674615999_DitangkapKhalwat.jpg)
Pelajar IPT beri alasan mahu berehat ketika ditangkap khalwat
Mahu berehat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu, itu alasan diberikan sepasang kekasih yang merupakan pelajar IPTS selepas mereka ditahan dalam operasi cegah maksiat.
![Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613484071_courtgavelmahkam.jpg)
Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan
Penghakiman hari ini jika diteliti tidak langsung memberikan hak atau kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bebas mengamalkan ajaran seks songsang dalam mana-mana inci ruang negara kita.
![Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71535993797_MujahidYusofRawa.jpg)
Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.
![Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453533646_Harussani.jpg)
Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak
Harussani berkata sebagai seorang menteri, beliau (Mujahid) perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan.