TANJONG KARANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempersoal slogan yang diguna Perikatan Nasional, iaitu pentadbiran bersih, selepas mendakwa gabungan itu juga terpalit dengan gejala rasuah.
Mengambil contoh kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa atau Jana Wibawa yang berlaku sewaktu era bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO itu mendakwa, kes itu ibarat ‘daylight robbery’, yang menyaksikan hampir RM7.8 bilion dana kerajaan telah diseleweng.
Beliau juga mengambil kesempatan mengulas mengenai menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, supaya tidak lari dari menghadapi pertuduhan.
“Yang tak curi dituduh mencuri, yang buat masjid, surau, rumah anak yatim, dituduh sebab nak burukkan. Teapi Allah Taala tahu, untuk pertahankan … saya tetap pertahankan diri. Itu sebabnya kita mahu betulkan keadaan ini. Tuduhan, gambaran buruk tentang kita, semua tentang mereka (PN) baik. Ya sakau banyak-banyak baik. Kalau tak sakau kenapa lari, hadapilah tuduhan, hadapi mahkamah.
“Saya daripada 87 pertuduhan, 40 (sudah disahkan) tak bersalah, sebab mahkamah putuskan. Apa takut, berani kerana benar. Itulah caranya. Saya bukan geram, tapi nak bagi tahu jangan terpengaruh dengan mereka PN),” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program "Beyond Benih" peringkat nasional, DI Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang, yang merupakan program kebun komuniti British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia).
Dalam majlis tersebut, beliau mengambil kesempatan untuk menyeru rakyat Tanjong Karang, supaya mengundi calon Barisan Nasional bagi DUN Sungai Burong, Mohamad Khir Ramli, dan calon Pakatan Harapan, Mohd Yahaya Mat Sahri demi menjamin kesinambungan Kerajaan Madani di Selangor.
“Dalam hubungan ini kita harus lihat bukan hanya dapat kotak pemikiran sempit. Bukan hanya soal Kampung Gulang Gulang saja, bukan soal Tanjong Karang saja, bukan soal negeri Selangor saja. Permatang mesti dimenangkan, Sungai Burung mesti dimenangkan, supaya kerajaan lebih stabil di Selangor.
“Kombinasi baik untuk Pak Ya dan Ustaz Khir. Pak Ya ini Datuk Seri Anwar yang pilih, Ustaz Khir saya pilih. Dulu (mereka berdua) alergik ni. Itu dulu, saya ada pantunlah untuk mereka berdua.
"Dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan dah jadi kawan. Buat ap akita berlawan, kita berada dalam kerajaan perpaduan," tambahnya.
Firdaus Azil
Fri Aug 11 2023

Ahmad Zahid Hamidi mempersoal slogan pentadbiran bersih yang diguna PNselepas mendakwa gabungan itu juga terpalit dengan gejala rasuah. - Gambar fail
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).