KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak kisah mengambil keputusan 'flip-flop' sekiranya tindakan itu demi untuk meringankan beban rakyat.
Memberitahu Dewan Rakyat, Perdana Menteri berkata, jika beliau tidak membuat keputusan 'flip-flop', rakyat akan terbeban dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan sebelumnya.
Bagaimanapun, Anwar berkata, keputusan meneruskan pemberian subsidi ayam, telur serta biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan baru-baru ini bukan 'flip-flop', sebaliknya, ia merupakan dasar baharu di bawah Kerajaan Perpaduan.
"Kalau pun 'flip-flop' (berubah-ubah) untuk bantu rakyat, saya akan 'flip-flop'
"Kalau tak mahu 'flip-flop', keputusan Kabinet dulu, masa Perikatan Nasional (PN) apa dia? Naik elektrik untuk semua (tetapi) saya tukar.
"Maknanya, Perdana Menteri (dari) Tambun, tukar (keputusan Kabinet terdahulu). 'Flip-flop' tak bebankan rakyat (dan) tak nak naikkan tarif elektrik," katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) yang membangkitkan persoalan mengenai dasar 'flip-flop', antaranya isu pemberian subsidi ayam dan telur serta biasiswa JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Zulkafperi dalam masa sama turut bertanya adakah Perdana Menteri bercadang untuk menarik balik kenyataan dibuat olehnya sebelum ini kononnya perolehan vaksin COVID-19 dilakukan tanpa persetujuan Peguam Negara.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, keputusan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai adalah keputusan lama dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hanya mengumumkan mengikut proses.
Bagaimanapun, kata beliau, selepas diteliti dan tindakan itu akan membebankan rakyat, Kerajaan Perpaduan mengambil keputusan untuk menyambung subsidi tersebut.
Anwar berkata, perkara sama turut dilakukan melibatkan program biasiswa di bawah JPA khususnya untuk pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi.
"Keputusan JPA ini keputusan lama, ada rekod. Saya hadir mesyuarat JPA, memang ada keputusan lama untuk mengkaji semula dan menghentikan (biasiswa). Yang diumumkan itu keputusan lama.
"Bila saya pengerusikan mesyuarat JPA, keputusannya yang saya buat ialah sambung biasiswa," kata beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 13 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak kisah mengambil keputusan 'flip-flop' sekiranya tindakan itu demi untuk meringankan beban rakyat. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
Mangsa banjir di Perak, Perlis, Pahang & Kedah meningkat
Jumlah mangsa banjir meningkat di Perak, Perlis, dan Selangor akibat cuaca tidak menentu, manakala situasi di dan Pahang menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
China lancar tinjauan fahami 'ketakutan mempunyai anak'
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China sedang membuat kajian terhadap 30 ribu rakyatnya untuk memahami faktor yang mempengaruhi sikap mereka terhadap melahirkan anak dan "ketakutan mempunyai anak".
Netanyahu hadapi tekanan tamatkan peperangan di Gaza
Pembunuhan Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar oleh Rejim Zionis Israel telah meningkatkan tekanan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Video terakhir Yahya Sinwar bukti pejuang sejati
Rejim Zionis Israel melakukan kesilapan apabila menyiarkan rakaman video memaparkan saat-saat akhir Yahya Sinwar sebelum kematiannya dengan niat memalukan Pemimpin Hamas itu.
Hamas dijangka namakan ketua baharu di luar Gaza
Pejuang Palestin Hamas berkemungkinan akan menggantikan Yahya Sinwar dengan pemimpin politik baharu yang berpangkalan di luar Gaza.
Perang makin memuncak, bukan makin reda
Peperangan semakin memuncak di Asia Barat apabila ikrar daripada Pejuang Hamas dan Hezbollah untuk terus memerangi musuh Israel di Gaza dan Lubnan.
“Kami serah mayat Yahya Sinwar, anda pulangkan tawanan kami” - Israel
Israel berhasrat jadikan mayat pemimpin Hamas yang dibunuh Zionis, Yahya Sinwar sebagai 'alat tawar-menawar' pembebasan tawanan.
Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala
Kecederaan pada lengan kanan Yahya akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri cedera akibat "binaan runtuh" selain kecederaan serpihan pada tubuhnya.
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.
Belanjawan 2025: Penjawat awam tidak dilupa, ini manfaat untuk mereka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengajak penjawat awam menerapkan budaya kerja baharu untuk menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan kepada rakyat.
Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
Belanjawan 2025: Duti eksais minuman bergula dinaikkan secara berfasa
Hasil yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk rawatan diabetes di negara ini serta menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Belanjawan 2025: Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.
Belanjawan 2025: Bantuan Warga Emas naik kepada RM600 sebulan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan.
Belanjawan 2025: Gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,700 sebulan
Anwar berkata, penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.