Pakar Sejarah, Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan sejarah Malaysia tidak perlu ditulis semula.
Jelasnya, mana-mana pihak tidak boleh mengubah fakta terutama sejarah kemerdekaan negara.
Pada masa sama, beliau kecewa dengan sesetengah pihak terutama anak muda yang bergerak dalam kumpulan yang cuba mengiktiraf pergerakan komunis kononnya sebagai pejuang kemerdekaan.
"Jadi saya tanya, yang polis, dan tentera itu jadi apa? Apa kamu nak namakan mereka, padahal selama ini merekalah pejuang negara.
"Mereka sanggup berkorban nyawa, dapat gaji kecil, ramai yang putus kaki sebab jerangkap samar, dan anak dibesarkan dengan kudrat yang tidak kuat. Jadi mereka itu kita nak panggil apa?," katanya dalam satu temubual dengan Astro AWANI.
Katanya, kebebasan bersuara yang semakin terbuka luas hari ini menyebabkan wujudnya persoalan-persoalan sedemikian.
Bagaimanapun katanya, anak muda perlu menjadi seorang yang rajin membaca bahan akademik dan mempunyai pemikiran kritis.
"Anak muda mesti guna pemikiran kritis mereka itu untuk menyoal setiap pembacaan. Kalau tidak bersetuju dengan saya (buku ditulis), buat kajian untuk persoal pendapat saya.
"Namun, kalau tiada, maka jangan main terima sahaja seperti apa yang dapat dari aplikasi Whatsapp yang boleh mempengaruhi. Jadi kamu kena ada bahan akademik. Jadi itu isunya sekarang," ujarnya lagi.
Justeru, beliau menuntut pihak yang cuba mengiktiraf perjuangan komunis agar mengemukakan bukti kukuh.
"Setiap sejarah yang ditulis adalah berdasarkan rekod. Jadi kalau kamu kata komunis pejuang, apa buktinya? Mana rujukannya?," tambahnya.
Sebelum ini, aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya, (PKM).
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, kerajaan masih belum mengkaji cadangan berkenaan.
Jelas Tun Dr Mahathir, hal ini bukan berniat mempromosikan perjuangan komunis sebaliknya lebih kepada maksud supaya komunis, kapitalis, demokrasi dan kleptokrasi difahami.
Rahimah Abdullah
Sat Aug 11 2018

Menurut prof Ramlah, anak muda perlu menjadi seorang yang rajin membaca bahan akademik dan mempunyai pemikiran kritis. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?