Pengendali restoran nasi kandar Line Clear di Pulau Pinang memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka tidak akan menutup operasi, sebaliknya tetap menjalankan perniagaan seperti biasa.
Pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, 76 tahun berkata, biar apa pun yang terjadi restoran yang menjadi ikon pelancongan Pulau Mutiara itu tidak akan dibiar ditutup oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Sehubungan itu, Abdul Hamid meminta penggemar nasi kandar supaya tidak bimbang kerana apa yang berlaku hanya salah faham dan isu restoran nasi kandar Line Clear akan ditutup tidak benar sama sekali.
“Restoran ini tidak akan ditutup sebab ini turun temurun… saya tidak nampak sebab untuk menutup walaupun pihak majlis memaksa pun kita akan tetap teruskan perniagaan. Ramai pelanggan kembali,” katanya.
Sebaliknya beliau menjelaskan terdapat salah faham berkaitan hak pemilikan bersama empat rakan kongsi dan ia perlu diselesaikan segera atau MPPP akan mengambil tindakan pengosongan premis tersebut.
Dalam pada itu, anak Abdul Hamid, Hashim Abdul Hamid berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa di pihak jabatan perlesesanan MPPP kerana usaha mereka untuk mendapatkan lesen sejak sekian lama tidak pernah diluluskan sebaliknya meluluskan permohonan lesen pihak yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, bagi penggemar nasi kandar, Ismett Azyze, 69 tahun yang berasal dari Bayan Lepas berharap khabar angin itu tidak benar malah dia yang telah lama menikmati menu kegemaran ramai itu berkata Line Clear sudah sebati dengan Pulau Pinang dan ia wajar dikekalkan.
Nada sama juga diluahkan beberapa pengunjung dari luar Pulau Pinang yang melancong ke negeri itu dan melihat salah satu keunikan lokasi restoran nasi kandar Line Clear yang hanya terletak di lorong kecil namun mempunyai nama yang sangat besar.
“Mengapa tutup? Ini dah jadi tradisi di tempat ini… kalau ditutup mungkin ada reason tetapi bagi saya (ia) patut dikekalkan. Saya dari Puchong semata-mata hendak makan Line Clear datang ke Pulau Pinang. Tanpa Line Clear, ‘tak clear’ la,” kata M. Fadil Razak.
Dalam pada itu, seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Felicia Khor yang mendapat tahu tentang restoran tersebut melalui Facebook memuji makanan di restoran tersebut dan berpendapat ia harus dikekalkan.
MPPP sebelum ini dilaporkan memaklumkan restoran nasi kandar Line Clear bakal berdepan tindakan pengosongan jika pengurusannya gagal menyelesaikan pertikaian hak pemilikan antara empat rakan kongsinya dalam tempoh dua minggu.
Ini kerana pihak MPPP telah menerima aduan bahawa seorang daripada empat pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, enggan mematuhi sistem giliran yang ditetapkan iaitu setahun operasi bagi setiap pemilik sejak penubuhannya pada 1950-an.
Pengendali restoran Abdul Hamid tidak memiliki lesen dan mengikut rekod, MPPP hanya mengeluarkan tiga lesen atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.
Astro Awani
Tue Jun 03 2014

Nasi kandar Line Clear akan teruskan operasi seperti biasa. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

"Kalau kena paksa pun kami tak akan tutup" - pemilik Nasi Kandar Line Clear
Pemiliknya, Abdul Hamid Seeni Pakir berkata biar apa pun yang terjadi restoran yang menjadi ikon pelancongan Pulau Mutiara itu tidak akan dibiar di tutup oleh MPPP.